Page 35 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 35
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
surah al-Kahfi dan hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim. Dalam
menghuraikan peranan ‘amil, beliau menegaskan bahawa keturunan
Rasulullah s.a.w. melalui Bani Hasyim dan Bani ‘Abd al-Mutallib
adalah tidak dibenarkan terlibat dalam urusan zakat berdalilkan
hadith sahih riwayat Imam Ahmad. Dalam konteks ijtihad,
HAMKA mengemukakan perspektif berdasarkan hujah dan dalil
tersendiri. Sebagai contoh, beliau tidak bersetuju dengan panggilan
muallaf yang terlibat dalam urusan menerima zakat. Panggilan ini
seolah-olah merujuk kepada golongan yang meminta-minta dan
bukan sebagai panggilan penghormatan. Beliau berdalilkan ayat 11
surah al-Hujurat yang melarang mengelarkan kumpulan manusia
yang lain dengan panggilan yang tidak menyenangkan.
PENTAFSIRAN BERTEMAKAN FIQH ZAKAT
HAMKA menekankan fiqh zakat pada keseluruhan ayat yang
berkaitan zakat di dalam Tafsir al-Azhar. Pandangan dan pemikiran
beliau dapat dilihat menerusi beberapa penjelasan hukum hakam
zakat, ijtihad keterangan al-Quran dan maqasid perintah zakat serta
seruan beliau terhadap masyarakat Islam yang memenuhi syarat
wajib zakat menurut kesepakatan ulama seperti muslim, merdeka,
baligh, berakal, pemilikan harta secara tetap dan harta yang cukup
kadar haul (kadar satu tahun mengikut perkiraan qamariyyah) dan
nisab (kadar-kadar zakat yang ditentukan syarak) (al-Zuhaili,
2002:3:1796). Pentafsiran Hamka dalam tema fiqh zakat dapat
dirangkumkan seperti berikut:
Hukum Zakat
HAMKA mendefinisikan zakat sebagai pembersihan
(HAMKA,1982:1:241). Ia juga diertikan sebagai sadaqah iaitu
pemberian yang wajib dilaksanakan. Perintah zakat bukanlah satu
anjuran sampingan atau perkara sunat bahkan ia adalah wajib dan
mewakili salah satu rukun Islam (Ibid.,1985:11:34). HAMKA
mengaitkan perintah Allah s.w.t. ini dengan konsep tahur dan zakah
iaitu pembersihan dan penyucian terhadap harta manusia
(Ibid.,11:34).
26
26