Page 37 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 37
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
al-Karim pada ayat 83 surah al-Baqarah. Kewajipan ini diperingat
secara langsung kepada Nabi Musa a.s., Nabi Harun a.s. dan Nabi
Yusya’ a.s. yang terlibat dalam memimpin Bani Israil (Ibid.,:1:240).
HAMKA sememangnya menyedari sesetengah perintah zakat
adalah beriringan dengan perintah solat di dalam al-Quran. Beliau
mentafsirkan ayat 24 surah al-Ma’arij bahawa menunaikan solat
dan zakat adalah sebuah lambang ketaatan kepada Allah s.w.t.
(Ibid.,1985:29:112). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa
hukum menunaikan zakat adalah wajib namun kebajikan sosial
seperti sedekah, hadiah, hibah dan sebagainya juga diperintah Allah
s.w.t.
Ketika mentafsirkan ayat 83 surah al-Baqarah, HAMKA
berpendapat bahawa mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan
kesudian menyumbangkan harta merupakan benteng yang
menangkis sarangan Ahli Kitab yang ingin mengubah haluan hidup
seorang mukmin (Ibid.,1982:1:110). Hal ini kerana amalan
mengeluarkan zakat dan infaq tidak dilaksanakan dalam bentuk
menyeluruh oleh Ahli Kitab yang menyeleweng. Jiwa mukmin yang
menunaikan perintah utama ini akan menjadi utuh daripada
serangan perkara bertentangan syarak.
Perspektif HAMKA mengenai kelompok yang diwajibkan
zakat ialah mereka yang diistilahkan sebagai “orang kaya” dalam
masyarakat. Mereka ini dikenakan zakat disebabkan faktor
kelebihan yang mereka miliki (Ibid.,:2:69). Zakat yang
dikumpulkan perlu disampaikan kepada lapan golongan yang
berhak menerima zakat. Sesetengah pendapat menyatakan terdapat
tujuh golongan sahaja pada masa kini kerana golongan hamba sudah
tiada manakala sesetengah menyatakan terdapat hanya enam
golongan kerana golongan fakir dan miskin adalah berkedudukan
sama tanpa perlu dipisahkan pembahagian antara mereka
(Ibid.,1985:11:245-247).
Kadar zakat yang perlu diserahkan ialah 2.5 peratus pada zakat
wang emas dan perak (Ibid.,:11:258). Ia diwajibkan pada individu
yang memenuhi syarat seperti berkemampuan, cukup nisab dan
haul. Zakat juga boleh dikeluarkan jika harta sudah banyak tanpa
menunggu tempoh setahun. Zakat dibenarkan untuk dikeluarkan
28
28