Page 33 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 33
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
selainnya dalam ayat Madaniyyah (Hasbi As-Siddiqy, 2006:6-7).
Zakat merupakan kewajipan yang termasuk dalam perbincangan
fiqh ibadat. Ke arah merealisasikan tuntutannya, pengetahuan dan
pemahaman pelaksanaannya dapat diperoleh menerusi pengkajian
fiqh zakat.
Fiqh zakat merupakan susunan ilmu dan kefahaman tentang
pelaksanaan zakat dalam kerangka peribadatan kepada Allah s.w.t.
dan kepentingan hubungan sesama insan (Muhammad, 1998:1). Ia
juga diistilah secara khusus sebagai sebuah entiti untuk mengenali
tuntutan zakat dan kadar yang diwajibkan, mengetahui pandangan
mazhab dan fatwa yang sedia diterima pakai dan mengetahui
kepelbagaian pendapat fuqaha’ semasa dalam isu zakat.
HAMKA adalah antara ilmuan Islam era moden yang tidak
ketinggalan dalam menyelitkan penghayatan fiqh zakat dalam
membangunkan masyarakat terutama dalam karya Tafsir al-Azhar.
HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Karim
Amrullah (1908-1981) adalah seorang tokoh cendekiawan dan
mufassir yang banyak menyumbang bakti dalam perkembangan
ilmu Islam di Nusantara. Terdapat dua karya utama HAMKA
mengenai penghayatan fiqh zakat iaitu Islam: Revolusi Ideologi dan
Keadilan Sosial dan Tafsir al-Azhar. Di dalam karya Islam:
Revolusi Ideologi dan Keadilan Sosial (2009), HAMKA
membicarakan tajuk zakat dalam skop rukun Islam dan
perbincangan golongan yang berhak menerima zakat dan
sumbangan zakat kepada keadilan sosial.
HAMKA menerusi Tafsir al-Azhar telah melebarkan kupasan
ilmiah menerusi fiqh zakat. Terdapat 20 ayat yang mengandungi
pentafsiran fiqh zakat bertunjangkan dalil utama al-Quran al-
Karim. Ayat-ayat tersebut didapati pada ayat 43, 83, 110, 267, 276
dan 271 surah al-Baqarah, ayat 141 surah al-An’am, ayat 5, 11, 34,
60, 103 dan 104 surah al-Taubah, ayat 78 surah al-Haj, ayat 56
surah al-Nur, ayat 38 surah al-Rum, ayat 33 surah al-Ahzab, ayat
24 dan 25 surah al-Ma’arij dan ayat 20 surah al-Muzammil.
Perspektif HAMKA termuat dalam bentuk pentafsiran ayat dan
penyataan hukum. Sebagai contoh pentafsiran berbentuk fiqh zakat
ialah pada firman Allah s.w.t.:
24
24