Page 29 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 29

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Suruhanjaya  Sekuriti  dan  juga  institusi  akademik  perlu
               dipergiatkan dari semasa ke semasa.

            ii.  Keupayaan Teknologi
               Keupayaan  teknologi  merupakan  teras  kepada  perkembangan
               ini. Hal ini kerana matawang kripto dan token digital ini juga
               terhasil  melalui  kecanggihan  teknologi  yang  bersifat  dinamik
               dan bergerak pantas. Justeru, insitusi zakat perlu bersedia dari
               sudut modal insan yang kompeten, cara kerja yang bersesuaian
               dengan  perkembangan  teknologi  dan  juga  peranti  teknologi
               yang terkini.

            iii. Penambah baikan berterusan
               Jika penerimaan dan penggunaan terhadap matawang kripto dan
               token  digital  semakin  meluas,  maka  institusi  zakat  perlu
               melakukan  penambah  baikan  berterusan  samada  dari  aspek
               perkhidmatan mahupun aspek fleksibiliti. Hal ini kerana antara
               tujuan pensyariatan zakat adalah pengagihan kekayaan yang adil
               di samping memudahkan perkhidmatan untuk pembayar zakat.
               Justeru  itu,  melalui  penerokaan  sumber  harta  baharu  ini
               diharapkan dapat menatijahkan kesan yang lebih baik kepada
               asnaf  dan  juga  pembayar  zakat,  seterusnya  membantu  negara
               dalam menghadapi masalah kemiskinan dan kesenjangan.

               Walau bagaimanapun, kajian ini masih lagi dianggap sebagai
            kajian rintis dalam lapangan zakat berkaitan aset digital, manakala
            kaedah  taksiran  juga  adalah  tertakluk  kepada  realiti  sebenar
            penggunaan  dan  fungsi  matawang  kripto  dan  juga  token  digital.
            Justeru  itu,  adalah  diharapkan  para  pengkaji  dan  cendekiawan
            Syariah  berterusan  membincang  dan  mewacanakan  permasalahan
            berkaitan  aset  digital  ini  agar  dapat  memberi  panduan  dalam
            pelaksanaan  syariat  zakat  dalam  kalangan  masyarakat  Islam
            seterusnya  dapat  menonjolkan  aspek  kerelevenan  Syariah  Islam
            dalam menanggapi arus kemodenan dan pemilikan harta dari semasa
            ke semasa.





                                                                           20
                                           20
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34