Page 28 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 28

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Secara kesimpulannya, hukum zakat ke atas matawang kripto
            dan token digital adalah bergantung kepada niat dan tujuan asal ia
            diperoleh. Jika tujuannya adalah untuk dilaburkan atau memperoleh
            keuntungan,  maka  dizakatkan  sebaliknya  jika  dipegang  untuk
            mendapat sebarang manfaat perkhidmatan, utiliti dan seumpamanya
            ia dianggap sebagai harta kegunaan seharian (qinyah), disebabkan
            penggunaan yang terhad dan tidak menjana apa-apa hasil. Namun,
            jika token tersebut dijual atau dipindah milik, maka zakat dikenakan
            ke  atas  hasil  jualan,  sama  seperti  seseorang  yang  pada  asalnya
            memiliki rumah kediaman, lalu rumah tersebut dijual maka zakat
            dikenakan ke atas hasil jualan rumah.

            CADANGAN DAN KESIMPULAN
            Lapangan matawang kripto dan token digital semakin berkembang
            dari semasa ke semasa, justeru ruang untuk meneroka lapangan ini
            terbuka  luas  khususnya  dari  perspektif  Syariah  dan  juga  aplikasi
            hukum zakat ke atas aset digital ini. Namun demikian, persoalan
            yang  wajar  ditimbulkan  adalah  sejauh  mana  kesediaan  institusi
            zakat  untuk  menanggapi  dan  mengadaptasi  perkembangan
            teknologi kewangan ini. Justeru itu, beberapa aspek penting yang
            boleh dilihat dan diteliti untuk menilai sejauh mana persediaan dan
            potensi bagi merealisasikan hasrat ini (Yaakob, Nawi, & Hisham,
            2019):

            i.  Pengetahuan dan Kemahiran
               Pengetahuan  dan  kemahiran  merupakan  kunci  utama  kepada
               kesediaan  institusi  zakat  dalam  mengadaptasi  sebarang
               teknologi  kewangan.  Pengetahuan  dan  kemahiran  ini  mampu
               diperoleh  samada  melalui  pendidikan  berterusan,  sesi  latihan
               atau  bengkel  dan  kerjasama  pintar.  Pihak  institusi  zakat  juga
               disaran  agar  melakukan  usaha  berterusan  dalam  penyelidikan
               dan pembangunan dari semasa ke semasa dan juga mengadakan
               kursus  yang  bersesuaian  bagi  pegawai-pegawai  yang  terlibat
               dalam urusan ini. Di samping itu, kerjasama strategik dengan
               pihak  yang  berautoriti  seperti  Bank  Negara  Malaysia,





                                                                           19
                                           19
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33