Page 25 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 25
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
ketika ia dijual atau dipindah milik. Namun, seperti halnya token
kerja, zakat hanya dikenakan terhadap utiliti atau perkhidmatan
yang tidak mengandungi unsur-unsur syubhah atau yang
diharamkan oleh Syariah seperti perjudian, makanan dan minuman
yang diharamkan dan seumpamanya. Kaedah taksiran juga adalah
menyamai token kerja apabila dijual semula.
4. Token aset sandaran (asset-backed tokens).
Token dalam kategori ini disandarkan pada sesuatu aset fizikal. Ia
menyamai konsep sukuk pelaburan, yang mana pemilik token ini
akan mendapat pemilikan dalam bentuk manfaat dan keuntungan
sekiranya dilaburkan. Oleh itu, jika sabit pemilikannya melalui bukti
penyata atau nilai yang terdapat dalam dompet digital, maka zakat
dikenakan terhadap pegangannya secara sah. Ini juga bergantung
kepada aset sandaran tersebut jika tertakluk pada hukum zakat,
maka hendaklah dizakatkan. Kaedah taksiran adalah seperti berikut:
a. Semasa dalam tempoh pegangan atau pemilikan, dizakatkan
setelah mencukupi haul setahun.
Nilai semasa aset (Nilai pasaran x bilangan unit token) x
2.5 %
b. Setelah dijual atau dipindah milik, maka zakat ke atas hasil
jualan.
Nilai jualan (Nilai pasaran x bilangan unit token) x 2.5
%
5. Token hasil (revenue tokens).
Token jenis ini diterbitkan atas dasar perjanjian untuk mendapatkan
penyertaan sebahagian daripada hasil yang akan diperoleh pada
masa akan datang, meskipun tidak ada sebarang kewajipan dari
sudut undang-undang untuk syarikat tersebut memenuhi janji ini.
Token jenis ini secara asasnya tidak tertakluk kepada hukum zakat,
kerana dianggap pemilikan tak sempurna (al-milk ghair al-tam),
16
16