Page 20 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 20
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
persepktif Syariah. Dalam mesyuarat MPS ke-233 pada 29 Jun 2020
dan ke-234 pada 20 Julai 2020, MPS telah memutuskan bahawa aset
digital yang merangkumi matawang digital dan juga token digital
boleh diiktiraf sebagai mal (harta) menurut persepektif Syariah.
Namun demikian, mereka memperincikan setiap kategori
berdasarkan kepada sandaran nilai dan juga fungsi setiap matawang
mahupun token. Jika sekiranya hanya berasaskan teknologi semata-
mata tanpa sandaran pada sesuatu, maka ia dianggap sebagai barang
dagangan (‘urudh) dan tidak tertakluk kepada hukum transaksi
matawang (al-sarf), manakala jika disandarkan pada emas, perak
dan juga matawang, maka ia tertakluk pada hukum al-sarf yang
mana tidak boleh berlaku penambahan dan penangguhan, manakala
jika disandarkan pada barang ribawi selain emas dan perak pula,
maka ia tertakluk pada syarat-syarat pertukaran barangan ribawi.
MPS turut menggariskan beberapa perkara berkaitan token
digital bagi mengelakkan umat Islam daripada melakukan transaksi
yang bercanggahan dengan prinsip Syariah iaitu hasil terbitan token
digital oleh penerbit token digital hendaklah digunakan untuk tujuan
yang patuh Syariah, hak dan manfaat daripada token digital
hendaklah patuh Syariah, manakala jika terdapat percampuran
antara aktiviti patuh Syariah dan tidak patuh Syariah, maka kaedah
di bawah metodologi penyaringan Syariah bagi sekuriti tersenarai di
Bursa Malaysia terhadap hasil terbitan sukuk dan tanda aras aktiviti
perniagaan diguna pakai. MPS turut memutuskan bahawa pelaburan
dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat-syarat di atas dan
didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar
dengan Suruhanjaya Sekuriti adalah dibenarkan.
15
APLIKASI HUKUM ZAKAT TERHADAP MATAWANG
KRIPTO DAN TOKEN DIGITAL BESERTA CADANGAN
TAKSIRAN
Setelah mengambil kira hujahan dan garis panduan yang ditetapkan
oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, maka
dilihat terdapat kewajaran dan keperluan untuk mengaplikasikan
15 Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
11
11