Page 16 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 16
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
pandangan yang mengharuskan, mengharamkan, mengharuskan
dalam keadaan dengan syarat tertentu dan juga pandangan yang
neutral, iaitu tidak mengharuskan dan tidak pula mengharamkan
9
secara mutlak. Secara ringkasnya, pandangan yang mengharuskan
transaksi Bitcoin (turut terpakai pada matawang kripto lain) berkisar
pada hujahan berikut (Rani & Salleh, 2019):
1. Hukum asal penggunaan dan penerimaan bitcoin sebagai
matawang adalah harus kecuali wujud dalil yang mengharamkan
penggunaannya.
2. Bitcoin adalah harta yang mempunyai nilai (mal mutaqawwim)
kerana realiti semasa (‘urf) menerimanya sebagai matawang dan
mempunyai nilai monetari.
3. 3. Ketiadaan regulasi tidak menjadi masalah dalam praktikal
bitcoin sebagai matawang.
4. Pandangan yang mengharamkan pula berhujah dengan perkara-
perkara berikut:
5. Bitcoin tidak menepati ciri-ciri mata wang yang sah.
6. Terkandung unsur ketidak pastian (gharar) dalam transaksi
bitcoin yang mendedahkan kepada risiko dan kemudaratan.
7. Ketiadaan badan berautoriti dalam meregulasi dan mengawasi
bitcoin.
8. 4. Sangat mudah dieksplotasi untuk kegiatan jenayah dan
keganasan.
9. Kemeruapan bitcoin yang sangat ekstrim membawa kepada
spekulasi yang besar dan ketidakstabilan nilai.
Jika diteliti hujahan pihak yang mengharamkan, dapat dilihat
kebanyakannya berkisar tentang risiko buruk dan kerosakan
(mafsadah) yang dikhuatiri berlaku jika dihukumkan harus, justeru
ia adalah berkisar pada pertimbangan (muwazanah) antara kebaikan
(maslahah) dengan keburukan (mafsadah). Oleh yang demikian,
9 Laman web: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2773-bayan-linnas-
153-hukum-penggunaan-mata-wang-bitcoin#_ftnref76 diakses pada 2 Februari
2021.
7
7