Page 12 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 12

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            3.  Sistem  ini  akan  menetapkan  samada  matawang  kripto  yang
               baharu  boleh  diwujudkan.  Jika  boleh,  ia  akan  menetapkan
               keadaan asalnya dan juga cara untuk mengenal pasti pemilikan
               bagi setiap unit baharu.
            4.  Pemilikan setiap unit matawang kripto boleh dibuktikan secara
               eksklusif melalui teknologi kriptografi.
            5.  Sistem ini hanya membenarkan setiap transaksi berlaku melalui
               pertukaran pemilikan setiap unit kriptografi. Setelah dibuktikan
               pemilikan  baharu  unit  kriptografi,  barulah  penyata  transaksi
               akan dikeluarkan.
            6.  Jika terdapat dua arahan serentak yang dilakukan untuk menukar
               status  pemilikan  unit  kiptografi  yang  sama,  sistem  akan
               membenarkan salah satu sahaja.

               Sehingga  hari  ini,  terdapat  pelbagai  pandangan  dan  reaksi
            daripada pihak berautoriti, pakar bidang dan ahli akademik dalam
            menanggapi  isu  matawang  kripto  ini,  oleh  yang  demikian  kajian
            yang teliti dan mendalam perlu dilaksanakan bagi melihat perkara
            ini dan juga kesesuaian mengaplikasikan hukum zakat ke atasnya
            berdasarkan  syarat-syarat  umum  harta  kenaan  zakat.  Justeru  itu,
            melihat  kepada  ciri-ciri  unik  dan  fungsi  matawang  kripto  ini,
            keperluan yang amat mustahak buat masa ini untuk menilai potensi
            aset digital ini menjadi salah satu sumber harta baharu bagi kenaan
            zakat dan juga kaedah pentaksiran yang bersesuaian.

            METODOLOGI
            Kajian  ini  merupakan  kajian  kualitatif  yang  menggunakan
            pendekatan kajian perpustakaan dan kajian penerokaan. Data kajian
            ini terdiri daripada data sekunder yang dikumpul melalui analisis
            dokumen  yang  diperoleh  menerusi  karya-karya  fiqh,  artikel  atau
            kajian  berkaitan  aset  digital  dan  juga  fatwa  sedia  ada.  Data-data
            yang  diperoleh  pula  akan  dianalisis  menggunakan  pendekatan
            analisis  kandungan.  Kajian  ini  akan  memfokuskan  kepada
            pandangan yang mengiktiraf aset digital sebagai salah satu bentuk
            mal  (harta)  dari  perspektif  syarak  berdasarkan  hujah-hujah  yang
            telah dikenal pasti. Di samping itu, kajian turut akan mencadangkan




                                                                            3
                                            3
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17