Page 10 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 10

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

                                        BAB 1:
             TINJAUAN AWAL APLIKASI HUKUM ZAKAT KE ATAS
                   MATAWANG KRIPTO DAN TOKEN DIGITAL

                              AHMAD HUSNI ABD RAHMAN
                                   Pusat Pungutan Zakat
                                 Emel: husni@zakat.com.my

                         MUHAMMAD FURQAN BIN ABDULLAH
                                   Pusat Pungutan Zakat
                                Emel: furqan@zakat.com.my

                                      ABSTRAK
            Perkembangan  Revolusi  Industri  4.0  telah  mendorong  pelbagai
            sektor untuk melakukan transformasi dalam pendekatan dan bentuk
            perkhidmatan  masing-masing.  Antara  sektor  yang  mengalami
            evolusi  dari  semasa  ke  semasa  adalah  sektor  kewangan  dan
            perbankan. Perkembangan semasa memperlihatkan pelbagai inovasi
            berkaitan  Teknologi  Kewangan  (FinTech)  yang  dilihat  mampu
            memberi  nafas  baharu  dan  anjakan  paradigma  dalam  ekosistem
            perbankan  dan  kewangan  global,  antaranya  dengan  kewujudan
            matawang  kripto  dan  juga  token  digital.  Para  pengkaji  dan
            cendekiawan Syariah berbeza pandangan dalam menanggapi isu ini,
            namun perkembangan terkini pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
            telah mengeluarkan garis panduan bagi operasi dan pelaburan aset
            digital. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan potensi kenaan zakat
            ke atas matawang kripto dan token digital berpandukan fungsi dan
            praktis  semasa  masing-masing.  Objektif  kajian  adalah  untuk
            mengenal pasti samada matawang kripto adalah bersesuaian dengan
            konsep  mal  (harta)  yang  tertakluk  kepada  hukum  zakat  dan  jika
            menepati konsep harta, apakah jenis zakat yang sewajarnya ditaksir
            ke  atas  matawang  kripto?  Kajian  akan  menggunakan  kaedah
            kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan dan juga analisis
            dokumen yang berkaitan. Kajian ini dianggap sebagai kajian rintis
            bagi melihat potensi pengambilan matawang kripto dan token digital
            sebagai  sumber  baharu  bagi  kenaan  zakat  yang  memerlukan






                                                                            1
                                            1 1
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15