Page 14 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 14
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
dalam pembahagian kekayaan yang menyalahi aspek keadilan dan
maqasid Syariah. Hal ini juga selari dengan takrifan harta di sisi
5
undang-undang dalam negara yang menyatakan setiap perkara yang
boleh diukur dengan nilaian yang merangkumi perkara material
mahupun maknawi seperti hak intelektual. Oleh yang demikian,
6
semua perkara yang mempunyai nilaian material dan juga
diharuskan syarak untuk dimanfaatkan pada kesemua waktu dan
keadaan adalah dianggap sebagai harta yang sah menurut takrifan
7
majoriti fuqaha’. Walau bagaimanapun, Syariat Islam telah
menetapkan kriteria-kriteria tertentu bagi harta kenaan zakat, kerana
jika dilihat dalam ayat 103 surah al-Taubah tersebut terdapat
kalimah “min” yang antara lain membawa makna sebahagian, bukan
keseluruhan jenis harta. Oleh yang demikian, fuqaha’ telah
menetapkan beberapa kategori harta kenaan zakat berdasarkan
panduan umum yang dinyatakan dalam sunnah Rasulullah s.a.w,
iaitu:
1. Matawang yang terdiri daripada emas dan perak.
2. Haiwan ternakan.
3. Hasil pertanian.
4. Barang dagangan atau perniagaan.
5. Hasil galian.
Kategori harta kenaan zakat ini diperincikan dan dibincangkan
panjang lebar oleh fuqaha’ melihat kepada keperluan yang berbeza
dan kerencaman bentuk harta dari semasa ke semasa. Justeru itu,
jumhur fuqaha’ kecuali aliran Zahiriyah dan sebilangan yang
menyetujui pandangan mereka menyatakan bahawa apa sahaja
bentuk harta baharu yang muncul pada sesuatu zaman boleh
dikiaskan dengan jenis-jenis harta sedia ada yang tertakluk kepada
zakat berdasarkan faktor sepunya (‘illah) dan juga kesesuaian harta
tersebut dengan kriteria harta kenaan zakat di sisi fuqaha’. Hal ini
5 Fiqh al-Muamalat (ms. 36)
6 Al-Madkhal ila Fiqh al-Muamalat al-Maliyah (ms.70)
7 Al-Mulkiyah fi al-Syariah al-Islamiyah (ms. 179)
5
5