Page 18 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 18

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               sekiranya ingin dijadikan instrumen pertukaran alternatif dalam
               sistem kewangan digital.
               Setakat  ini,  badan  berautoriti  dalam  pengeluaran  fatwa  di
            Malaysia  ada  membincangkan  mengenai  hukum  penggunaan
            matawang kripto, namun kebanyakannya berkisar mengenai Bitcoin
            yang  popular  dalam  kalangan  masyarakat.  Sebagai  contoh,
            Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah
            memutuskan  bahawa  Bitcoin  yang  terdapat  pada  masa  sekarang
            tidak menepati ciri-ciri matawang yang telah ditetapkan oleh Islam,
            justeru diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai
            kemudaratan  terhadap  sistem  kewangan  sesebuah  negara.  Oleh
            kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu
            mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.
            Namun  begitu,  mereka  menegaskan  bahawa  hukum  ini  boleh
            berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap Bitcoin samada
            dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di
            bursa dan regulasi untuk mengelakkannya daripada diekploitasi oleh
            pihak tidak bertanggungjawab.  Matawang kripto hanya berfungsi
                                          12
            dalam dua keadaan (Ali, 2019):

            1.  Kaedah pembayaran (mode of payment) dalam transaksi jual beli
               terutamanya  secara  maya  (online  transactions).  Kaedah  ini
               mirip dengan duit elektronik (e-money) seperti Paypal, Touch &
               Go  dan  seumpamanya.  Walau  bagaimanapun,  perbezaannya
               adalah  matawang  kripto  bersifat  wang  digital  yang  nilainya
               boleh ditukar kepada mata wang fiat melalui medium pertukaran
               (exchanges),  manakala  e-money  menyimpan  nilai  matawang
               dalam bentuk elektronik atau menggunakan dompet elektronik.
            2.  Kaedah  penghantaran  atau  kiriman  wang  (remittance).  Ini
               menjadikan kiriman wang lebih efisien dari sudut kos dan masa.
               Penerima  matawang  kripto  kemudiannya  boleh  menukar
               nilainya kepada mata wang fiat melalui medium pertukaran.



            12   Laman  web:  https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2773-bayan-linnas-
            153-hukum-penggunaan-mata-wang-bitcoin#_ftnref76  diakses  pada  2  Februari
            2021.



                                                                            9
                                            9
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23