Page 23 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 23

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Di  samping  itu,  Jawatankuasa  Fatwa  Negeri  Perlis  turut
            memutuskan  bahawa  pembayaran  zakat  boleh  dilakukan  dalam
            bentuk  nilai  wang  ataupun  dengan  menggunakan  unit  bitcoin.
            Walau  bagaimanapun,  fatwa  ini  hanya  menyentuh  berkenaan
            bitcoin,  iaitu  salah  satu  bentuk  atau  jenis  matawang  kripto  yang
            terdapat dalam pasaran, namun terdapat banyak lagi jenis dan juga
            kategori bagi matawang digital ini yang turut memerlukan penelitian
            dari  sudut  aplikasi  hukum  dan  juga  kaedah  taksiran  zakat.  Di
            samping itu, ketetapan fatwa negeri Perlis juga menyatakan kantung
            zakat  ditaksir  berdasarkan  nilai  terendah  unit  bitcoin  dalam  satu
            tahun, yang mana kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah taksiran
            terhadap zakat harta yang lain terutama sekali zakat wang simpanan
            yang  mengambi  kira  baki  semasa  atau  baki  terakhir.  Kaedah
            penambahan  keuntungan  hasil  dagangan  juga  memerlukan
            penelitian  lanjut,  ini  kerana  tidak  semua  hasil  dagangan  bitcoin
            adalah mematuhi Syariah secara pukal. Oleh yang demikian, kajian
            ini cuba untuk melihat keperluan bagi meneliti dan meneroka setiap
            bentuk  dan  fungsi  matawang  atau  token  digital  yang  berlegar  di
            pasaran bagi mengaplikasi hukum dan kaedah taksiran zakat ke atas
            setiap kategori. Menurut Shariyah Review Bureau (2018), terdapat
            sekurang-kurangnya  tujuh  jenis  matawang  kripto  yang  berlegar
            setakat hari ini iaitu:

            1. Matawang (currency coin).
            Merujuk kepada matawang kripto seperti Bitcoin, Litecoin, Ripple
            dan sebagainya. Setiap jenis dalam kategori ini berfungsi sebagai
            medium  pembayaran  dan  juga  pertukaran,  namun  terdapat
            perbezaan  dari  sudut  penerimaan  dan  skop  penggunaan.  Secara
            amnya,  bitcoin  adalah  yang  paling  luas  penggunaan  dan
            penerimaannya  di  seluruh  dunia,  manakala  jenis-jenis  lain  rata-
            ratanya terhad dalam sesebuah jaringan, komuniti atau negara. Oleh
            itu, taksiran zakat yang dicadangkan bagi kategori ini adalah seperti
            berikut:

            a.  Jika patuh Syariah dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti.





                                                                           14
                                           14
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28