Page 21 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 21
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
hukum zakat terhadap aset ini. Ini bagi memberikan panduan kepada
umat Islam yang telah terlibat secara meluas dalam transaksi dan
pelaburan melalui wahana ini agar tidak mengabaikan hak terhadap
harta yang merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Mufti Faraz Adam (2018) menyatakan setiap matawang kripto atau
token yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula adalah
dikenakan zakat. Hal ini adalah berdasarkan prinsip umum kenaan
16
zakat terhadap perniagaan atau barang dagangan yang berpandukan
hadis daripada Samurah bin Jundub r.a:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kami mengeluarkan
zakat terhadap barangan yang diperuntukkan untuk
jualan.”
17
Secara umumnya, kaedah pengkategorian zakat matawang dan
juga token digital sebagai urudh tijarah dilihat wajar dan
bersesuaian dengan realiti semasa matawang kripto yang telah
disentuh sebelum ini, iaitu sebagai salah satu bentuk aset pelaburan
yang baharu. Oleh yang demikian, kajian menganggap dan
mengadaptasi (takyif) matawang kripto ini sebagai komoditi, bukan
sebagai matawang sungguhpun terdapat ciri-ciri yang mirip dengan
fungsi matawang. Terdapat beberapa syarat yang digariskan fuqaha’
18
untuk mengaplikasikan hukum zakat ke atas barang dagangan :
1. Tidak ada sebab lain untuk mengeluarkan zakatnya melainkan
dengan tujuan diniagakan.
2. Barang yang diperoleh adalah hasil daripada transaksi jual beli
atau hasil pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain
(mu’awadhah).
3. Niat untuk diniagakan berlaku semasa atau setelah pasti barang
tersebut menjadi miliknya. Syarat ini juga terpakai apabila
seseorang yang memiliki sesuatu barang pada asalnya untuk
16 Laman web: https://afinanceorg.files.wordpress.com/2018/05/zakat-on-
cryptocurrencies-mufti-faraz-adam.pdf diakses pada 2 Februari 2021.
17 Hadis riwayat Abu Daud.
18 Mausu’ah Fiqhiyah Kuwaitiyah (ms. 269 – 274)
12
12