Page 26 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 26

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            namun setelah  dimiliki  secara  sempurna,  ia  dikenakan  zakat  atas
            kaedah  harta  perolehan  atau  pendapatan  (mal  mustafad).  Kaedah
            taksiran yang dicadangkan setelah diperoleh:

               Nilai perolehan (Nilai pasaran x bilangan unit token) x
               2.5 %

            6. Token ekuiti (equity tokens).
            Kaedah  pemilikan  token  ini  menyamai  kaedah  pemilikan  saham,
            iaitu seseorang pemegang token memperoleh pegangan ekuiti dalam
            sesebuah  syarikat  dan  berpotensi  mendapat  dividen,  hak  untuk
            mengundi  dan  juga  keistimewaan  lain  yang  disediakan  oleh
            syarikat.  Kaedah  taksiran  zakat  ke  atas  token  jenis  ini  boleh
            dikiaskan kepada kaedah kiraan zakat ke atas saham, seperti yang
                                                      20
            diamalkan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) :

            a.  Token yang dipegang untuk memperoleh keuntungan.

               [Baki semasa (Nilai pasaran unit token x bilangan unit)
               + keuntungan] x 2.5 %

            b.  Token yang dipegang untuk didagangkan.

               Nilai jualan (Nilai pasaran x bilangan unit token) x 2.5
               %

            7. Token beli semula (buy-back tokens).
            Token  dalam  kategori  ini  diterbitkan  atas  janji  sesebuah  syarikat
            untuk membeli semula token tersebut apabila nilainya meningkat
            ataupun  pulangan  hasilnya  berwajaran  dengan  nilai  asalnya.  Jika
            dilihat  token  jenis  ini,  ia  adalah  tertakluk  kepada  kontrak  yang
            diguna pakai agar selari dengan syarat-syarat sesuatu kontrak dari
            perspektif  Syariah.  Oleh  yang  demikian,  zakat  hanya  akan


            20   Laman  web:  https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-
            saham/ diakses pada 4 Februari 2021.



                                                                           17
                                           17
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31