Page 27 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 27

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            dikenakan  ke  atas  token  yang  memenuhi  syarat  kontrak  di  sisi
            Syariah. Kaedah taksiran pula adalah sama dengan token-token lain
            yang dijual semula:

               Nilai jualan (Nilai pasaran unit token x bilangan unit) x
               2.5 %

               Di samping itu, kajian ini mencadangkan kaedah pembayaran
            setakat ini adalah terhad dalam bentuk nilai matawang sedia ada, ini
            berbeza dengan pendekatan yang teah diputuskan oleh fatwa negeri
            Perlis  yang  turut  membenarkan  pembayaran  menggunakan  unit
            bitcoin.  Perkara  ini  juga  disandarkan  kepada  kefahaman  umum
            sebuah athar daripada Saidina Umar al-Khattab r.a kepada Hamas:

               “Nilaikan  ia  (barangan)  tersebut  kemudian  tunaikanlah
                          21
               zakatnya.”

               Berdasarkan  athar  ini,  fuqaha’  sepakat  mengharuskan
            pembayaran  zakat  melalui  nilaian  matawang,  sebaliknya  berbeza
            pandangan berkenaan pembayaran zakat menggunakan harta atau
            barangan  tersebut .  Di  samping  itu,  pembayaran  melalui  nilaian
                             22
            wang  juga  adalah  lebih  bersesuaian  dengan  konteks  semasa,
            memudahkan pembayaran zakat dan juga lebih memberi manfaat
            kepada asnaf dalam memenuhi hajat dan keperluan hidup mereka.
            Selain  itu,  penggunaan  dan  juga  kawal  selia  terhadap  matawang
            kritpo  masih  lagi  terhad  dalam  sesebuah  ekosistem  yang  kecil,
            belum mencapai tahap diterima secara keseluruhan ataupun majoriti
            masyarakat. Tambahan pula, secara realitinya institusi zakat belum
            memiliki kesediaan dari sudut fasiliti dan juga keupayaan teknologi
            untuk menerima pembayaran dalam bentuk unit bitcoin. Oleh yang
            demikian, adalah lebih wajar kaedah pembayaran dihadkan kepada
            nilaian matawang semasa yang rasmi dikeluarkan dan diperakukan
            oleh Bank Negara Malaysia.


            21  Abu Ubaid, Al-Amwal.
            22  Mausu’ah Fiqhiyah Kuwaitiyah (ms. 276)



                                                                           18
                                           18
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32