Page 32 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 32

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

                                        BAB 2:
            PENTAFSIRAN HAMKA DALAM TEMA FIQH ZAKAT KE
                        ARAH MASLAHAH MASYARAKAT

                       MUHAMMAD YUSRY AFFANDY BIN MD ISA
                               Universiti Sains Islam Malaysia.
                             Emel: ustazyusryaffandy@gmail.com

                                      ABSTRAK
            HAMKA  selaku  ilmuan  terkemuka  Nusantara  menitikberatkan
            seruan  kewajipan  ibadat  termasuk  zakat  dalam  karya-karyanya
            terutama  Tafsir  al-Azhar.  Pentafsiran  dalam  isu  fiqh  zakat
            memperlihatkan  keperluan  menjalankan  kewajipan  zakat  secara
            menyeluruh termasuk di era moden. Kajian kualitatif ini berobjektif
            untuk  menerangkan  dan  menganalisis  pentafsiran  HAMKA
            berkenaan penghayatan fiqh zakat yang berperanan membangunkan
            masyarakat.  Kajian  ini  mengaplikasikan  kaedah  deduktif  untuk
            mendapatkan fakta pentafsiran fiqh zakat dalam Tafsir al-Azhar dan
            kaedah deskriptif bagi menghuraikan aspek penghayatan fiqh zakat
            ke arah membangunkan masyarakat. Pentafsiran HAMKA di dalam
            karya Tafsir al-Azhar mengandungi intipati fiqh zakat di samping
            fiqh  ibadat  yang  lain.  Dapatan  kajian  penulisan  ini  mendapati
            pentafsiran HAMKA adalah amat menekankan umat Islam untuk
            mendalami perintah zakat dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran
            sosial.  Beliau  turut  mengkritik  perlaksanaan  zakat  tanpa
            penghayatan  yang  akan  mengagalkan  ruh  kewajipan  zakat.
            HAMKA  turut  cenderung  mengaitkan  pengaruh  pengetahuan
            tentang  tuntutan  zakat  akan  memberi  pelbagai  implikasi  positif
            terhadap  maslahah  masyarakat  apabila  difahami  selari  dengan
            tuntutan wahyu.

            Kata kunci: pentafsiran, fiqh zakat, HAMKA, masyarakat

            PENGENALAN
            Nas  al-Quran  telah  menyebut  mengenai  zakat  dalam  pelbagai
            konteks  dan  istilah.  Ia  wujud  dalam  bentuk  kata  nama  khas
            (ma'rifah) sebanyak 30 kali, iaitu 8 kali dalam ayat Makkiyyah dan



                                                                           23
                                           23
                                           23
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37