Page 34 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 34

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               Maksudnya:  Sesungguhnya  sedekah-sedekah  (zakat)  itu
               hanyalah  untuk  orang-orang  fakir,  orang-orang  miskin,
               amil-amil  yang  mengurusnya,  orang-orang  muallaf  yang
               dijinakkan  hatinya,  untuk  hamba-hamba  yang  hendak
               memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk
               (dibelanjakan)  jalan  Allah,  orang-orang  musafir  (yang
               keputusan)  dalam  perjalanan.  (Ketetapan  hukum  yang
               demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)
               dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha
               Bijaksana (al-Quran, surah al-Taubah, 9:60)

               HAMKA  membicarakan  fiqh  zakat  setelah  mentafsirkan
            kalimah utama yang tertera di dalam ayat ini seperti al-sadaqat, al-
            fuqara`,  al-masakin  dan  al-a’milin.  Selepas  itu,  beliau
            memperincikan lapan golongan asnaf zakat yang diistilahkan seperti
            berikut (HAMKA, 1985:11:247-257):

            i.   Fakir
            ii.  Miskin
            iii.  Pengurus Zakat
            iv.  Orang-orang yang ditarik hati
            v.  Untuk pelepasan hamba
            vi.  Orang berhutang
            vii.  Fi sabilillah
            viii. Orang dalam perjalanan

               Lapan  golongan  yang  berhak  menerima  zakat  ini  dihuraikan
            menerusi tajuk “Yang Mustahak Menerima Zakat.” Pentafsiran ayat
            60  surah  al-Taubah  merupakan  himpunan  perspektif  HAMKA
            paling  utama  di  dalam  Tafsir  al-Azhar  kerana  ia  membabitkan
            perincian golongan penerima zakat dan hukum berbangkit dalam isu
            memberi dan menerima zakat.
               Segala hujah diperkukuhkan dengan dalil, pandangan ulama dan
            ijtihadnya  sendiri.  Sebagai  contoh  HAMKA  menggunakan  dalil
            bagi memperkukuh perspektifnya mengenai takrifan miskin ialah
            golongan yang mempunyai harta tetapi susah dengan dalil daripada




                                                                           25
                                           25
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39