Page 36 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 36
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
HAMKA mendatangkan pendapat Ibn Kathir berkenaan ayat 20
surah al-Muzammil bahawa ia diturunkan di Mekah dengan
membawa perintah zakat meskipun masyarakat Islam baru sahaja
berkembang. Pemantapan hukum zakat seperti nisab zakat
ditentukan kemudiannya di Madinah. HAMKA menerangkan
bahawa untuk mengetahui kewajipan awal zakat dapat difahami
menerusi ayat 141 surah al-An’am. Berdasarkan ayat berkenaan,
tanaman seperti padi, gandum dan kurma yang baru sahaja
mengeluarkan hasil adalah wajib diberikan kepada golongan yang
berhak dengan kadar yang disukai. HAMKA menyebut:
Seketika kamu mengetam hasil itu atau menyabit atau
panen, janganlah lupa mengeluarkan haknya. Janganlah
dimakan seorang tetapi ingatlah fakir miskin, orang-orang
kekurangan dan berilah mereka (Ibid.,1983:8:76).
Bagi memahami proses perintah zakat, HAMKA menyatakan
dalil ayat 141 surah al-An’am adalah termasuk dalam perkara khilaf
hukum sama ada perlu didahulukan memberi zakat atau menunggu
nisab untuk dikeluarkan zakat kemudiannya. Dalil perintah satu
persepuluh harta menyusul di Madinah pada tahun dua Hijrah.
Beliau berpendapat ayat 141 surah al-An’am tidak mansukh kerana
ia merupakan perintah zakat ala kadar tatkala memperolehi hasil
yang tidak mencapai nisab. Bentuk pemberian zakat tersebut adalah
seperti mana hadith riwayat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah
s.a.w. telah memerintahkan untuk memberi gandum yang tercicir
dari tangkai. Di samping itu, Mujahid meriwayatkan jika terdapat
golongan miskin ketika itu lantas diberi hasil berkenaan untuk
menyenangkan mereka (Ibid.,:8:76).
Terdapat nas perintah zakat yang beriringan nas perintah solat
di dalam al-Quran (Ibid.,1982:1:189). Pada ayat-ayat permulaan
mushaf al-Quran, perintah ini terdapat pada ayat 43 surah al-
Baqarah yang pada asalnya ia merupakan perintah solat dan zakat
ke atas Bani Israil (Ibid.,:1:90). Pada zaman Nabi Musa a.s., Bani
Israil juga terlibat dalam kewajipan zakat yang termaktub dalam
Perjanjian Sepuluh sebagaimana yang telah dinyatakan al-Quran
27
27