Page 40 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 40
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
tenggara.html, diperolehi pada 1 September 2015). Beliau
menegaskan bahawa tidak boleh dikeluarkan zakat hasil padi
daripada baki tahun yang terdahulu (HAMKA,1982:3:52). Ia dikira
sebagai padi yang tidak bersifat semasa dan terbaik.
Dalam pentafsiran ayat 271, HAMKA mengajar pemberian
zakat terbaik ialah secara rahsia berbanding terang-terangan. Beliau
menyatakan:
Dengan ini teranglah bahawa memberikan sedekah,
bantuan, sokongan harta benda dengan cara terang-
terangan adalah pekerjaan yang bagus. Tetapi pada taraf
kedua, kalau hendak memberi bantuan, zakat, sedekah
kepada orang-orang miskin fakir, melarat, terlebih dahulu
diberikan secara rahsia (Ibid.,:3:58).
Beliau berhujah sedemikian kerana fiqh pemberian untuk
pembangunan agama yang berbentuk umum seperti mendirikan
sekolah, hospital, rumah jagaan orang miskin dan masjid perlu
dilakukan terang-terangan. Dalil perkara ini ialah sewaktu
Rasulullah s.a.w. meminta bantuan dana para sahabat bagi
menghadapi Perang Mu`tah yang berlaku pada musim panas dan
saat hasil berkurangan, Abu Bakar al-Siddiq tampil menyumbang
seluruh hartanya, ‘Umar b. al-Khattab menyumbang separuh
hartanya dan ‘Uthman menyumbang satu perempat hartanya. Para
sahabat yang lain pula menyumbang mengikut kadar kemampuan
mereka (Ibid.,:3:58-59).
Bagi menghayati zakat yang diperintahkan, amalan berdoa
ketika selesai menunaikan zakat adalah dituntut dalam Islam.
Perihal berdoa ketika zakat merupakan hal yang diperselisih di
kalangan ulama sama ada wajib atau sunat (al-Nawawi,
1995:2:120). Pendapat mazhab Syafi’i, perintah zakat digalakkan
diiringi dengan amalan sunnah iaitu mendoakan pemberi zakat
(Muhammad Sayyid, 1999:1:399). HAMKA memilih pendapat ini
berdasarkan hadith riwayat muttafaq ‘alaih yang menyatakan
Rasulullah s.a.w. berdoa kepada kaum yang membayar zakat
manakala menurut riwayat al-Nasai, baginda ada berdoa terhadap
31
31