Page 24 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 24

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

               [Baki semasa (Nilai pasaran unit kripto x bilangan unit)
               + keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun] x 2.5 %

            b.  Jika  tidak  patuh  Syariah  dan  tidak  dikawal  selia  oleh
               Suruhanjaya Sekuriti.

               Modal pokok (Nilai awal unit kripto x bilangan unit) x
               2.5 %

               Kaedah ini hanya mengambil kira modal pokok kerana modal
            sahaja  dianggap  sebagai  pemilikan  penuh  pelabur,  manakala
            sebarang  keuntungan  hasil  dagangan  dianggap  sebagai  wang
            syubhah atau tidak patuh Syariah, maka perlu dibersihkan dengan
            menyerahkan  seluruh  hasil  keuntungan  tersebut  kepada  maslahat
            umum.

            2. Token kerja (work tokens).
            Token ini memberikan hak keizinan untuk menyumbang, mengawal
            selia  dan  bekerja  dalam  ekosistem  jaringan  blok  (blockchain).
            Token ini adalah berkaitan dengan pemberian hak, iaitu seperti lesen
            atau permit untuk menjalankan sesuatu usaha dalam jaringan blok.
            Token jenis ini tidak dikenakan zakat dalam tempoh pemilikan atau
            pegangan,  namun  zakat  dikenakan  pada  ketika  ia  dijual  atau
            dipindah milik. Namun demikian, zakat hanya dikenakan terhadap
            kerja  yang  menepati  atau  memenuhi  syarat  kontrak  kerja  dalam
            Syariah. Kaedah taksiran adalah seperti berikut:

               Nilai jualan (Nilai pasaran unit token x bilangan unit) x
               2.5 %

            3. Token utiliti (utility tokens).
            Token  ini  juga  adalah  berkaitan  hak,  namun  khusus  untuk
            membolehkan akses terhadap sesebuah perkhidmatan atau utiliti. Ia
            menyamai konsep pembelian lesen atau kata kunci untuk mengakses
            sesebuah aplikasi komputer (software). Token jenis ini juga tidak
            dizakatkan dalam tempoh pemilikan, namun zakat dikenakan pada




                                                                           15
                                           15
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29