Page 19 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 19
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
Justeru itu, fungsi matawang kripto adalah terhad sebagai
perantara penyelesaian (medium of settlement) dan tidak menjadi
tanda aras mahupun kayu ukur harga (measure of value) barang atau
perkhidmatan serta tidak menyimpan nilai harta (store of value).
Dapatlah disimpulkan bahawa statusnya sebagai matawang masih
bersifat sekunder dan relatif (nisbi) kerana masih bergantung kepada
mata wang fiat dan ia dilihat hanya memenuhi salah satu daripada
tiga fungsi utama matawang sahaja. Dalam kerangka perbankan dan
kewangan Islam di Malaysia, pihak berautoriti dalam penentuan
keabsahan sesuatu pelaburan, saham dan seumpamanya adalah
tertakluk di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti. Menurut akta
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, pada Penetapan Sekuriti,
pihak Suruhanjaya Sekuriti telah mengkategorikan matawang atau
token digital dianggap sebagai sekuriti pada tahun 2019, kerana ia
bercirikan :
13
1. Diperdagangkan dalam sesebuah tempat atau fasiliti yang mana
penawaran penjualan, pembelian atau pertukaran matawang
digital berlaku ataupun diterima.
2. Seseorang individu menjangkakan pulangan ke atas dagangan,
penghantaran atau penebusan matawang digital ataupun
kenaikan nilai matawang digital.
3. Tidak diterbitkan atau dijamin oleh mana-mana badan kerajaan
atau bank pusat.
Bertitik tolak daripada peruntukan undang-undang tersebut,
maka pada 28 Oktober 2020, pihak Suruhanjaya Sekuriti telah
mengeluarkan garis panduan yang lengkap berkenaan aset digital
14
secara umum. Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya
Sekuriti turut membincangkan mengenai kedudukan aset digital dari
13 Laman web:
https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=8c8bc467-c750-
466e-9a86-98c12fec4a77 diakses pada 2 Februari 2021.
14 Laman web:
https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=aeb10f62-944b-
4d83-8aa0-4ed492dc1109 diakses pada 2 Februari 2021.
10
10