Page 17 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 17
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
pandangan yang menghukumkan harus adalah lebih wajar
diketengahkan kerana prinsip umum Islam dalam menanggapi
perkara-perkara berkaitan muamalat harian manusia adalah
diharuskan sehingga terdapat dalil yang mengharamkan secara jelas.
Walau bagaimanapun, kajian ini akan memfokuskan kepada
pengharusan yang diikat (taqyid al-mubah), iaitu tertakluk dengan
syarat-syarat ketat muamalat Islam dan juga ketetapan yang
digariskan oleh pihak berautoriti. Di samping itu, pandangan yang
mengharuskan juga menyatakan bahawa permasalahan utama
matawang kripto ini berkisar pada isu legal tender, iaitu keabsahan
dari sudut perundangan dan juga pengiktirafan oleh sesebuah
negara, manakala aspek-aspek lain adalah mirip atau menyamai ciri-
ciri matawang yang berlegar dalam sesebuah masyarakat. Namun
demikian, penggunaan semasa matawang kripto adalah lebih
menjurus sebagai aset pelaburan, justeru ianya dianggap sebagai
salah satu kategori aset baharu dan masih belum lagi boleh mencapai
tahap sebagai pengganti kepada sistem monetari sedia ada yang
berasaskan matawang kertas. Dalam sebuah Persidangan Meja
10
Bulat Matawang Kripto yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM) pada 28 Februari 2018, mereka membuat
11
resolusi seperti berikut :
1. Matawang kripto boleh dijadikan sebagai alat pertukaran,
penyimpan nilai dan unit kira-kira tetapi tidak memenuhi ciri-
ciri sebagai matawang bagi negara.
2. Fatwa khusus mengenai matawang kripto tidak perlu digubal,
namun memadai dengan garis panduan Syariah dalam
muamalah matawang kripto.
3. Matawang kripto memerlukan kerangka perundangan serta
kawal selia yang jelas dan lengkap bagi mengurus risiko
10 Cryptoassets: The Guide to Bitcoin, Blockchain and Cryptocurrency for
Investment Professionals
11 Video rumusan persidangan:
https://www.youtube.com/watch?v=KpVWPwUD8ro diakses pada 2 Februari
2021.
8
8