Page 13 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 13
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
alternatif taksiran zakat berpandukan fungsi dan bentuk matawang
kripto dan token digital yang sedia ada.
KONSEP HARTA KENAAN ZAKAT
Al-Qur’an tidak memperincikan berkenaan jenis harta yang
tertakluk kepada hukum zakat, umpamanya dalam firman Allah
s.w.t:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka
(dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk)…” (Surah al-Taubah: 103)
Ayat ini menyentuh secara umum akan kewajipan mengeluarkan
sebahagian harta untuk dizakatkan, namun perincian mengenai jenis
harta, syarat-syarat dan kadar diwajibkan didapati melalui sunnah
Rasulullah s.a.w samada secara ucapan (qauli) mahupun perbuatan
(fi’li). Sebelum menyentuh perbahasan berkenaan harta kenaan
zakat, sewajarnya dilihat secara ringkas mengenai konsep harta
menurut perbahasan fuqaha’. Menurut jumhur fuqaha’, harta
merupakan semua perkara material yang diharuskan untuk
dimanfaatkan dan disimpan secara mutlak. Kesan daripada takrifan
3
ini, maka arak dan khinzir tidak dianggap sebagai harta di sisi
jumhur kerana syarak mengharamkan untuk mengambilnya,
melainkan Hanafiyah yang mengiktirafnya sebagai harta namun
tidak mempunyai nilai. Begitu juga dalam aspek manfaat, jumhur
4
menganggap bahawa manfaat boleh dikategorikan sebagai harta,
namun ulama’ Hanafiyah tidak menganggapnya sebagai harta
disebabkan tidak boleh dipegang atau disimpan secara fizikal.
Pandangan majoriti fuqaha’ adalah lebih wajar dipilih kerana jika
manfaat tidak dianggap sebagai harta, maka akan berlaku penafian
terhadap hak-hak ke atas harta yang mempunyai nilaian tinggi di sisi
manusia, menatijahkan berlaku kesenjangan dan ketidak adilan
3 Syarh Muntaha al-Iradat, jil. 3 ms. 126.
4 Ahkam Mal al-Haram wa Hukm Ikhraj Zakatihi (ms. 79)
4
4