Page 15 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 15

© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
                                                            ISBN 978-967-2959-04-5

            adalah  melihat  kepada  konsep  pengembangan  harta  (al-Nama’)
            samada  secara  hakiki  mahupun  maknawi  (berpotensi  untuk
            berkembang). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap harta yang
            berkembang atau berpotensi dikembangkan secara hakiki ataupun
            melalui  aktiviti  pelaburan  dan  seumpamanya  boleh  dijadikan
            sebagai  sumber  atau  kantung  kenaan  zakat  sungguhpun  tidak
            dinyatakan  secara  literal  oleh  Rasulullah  s.a.w  mengenai
                          8
            kewajipannya.   Ini  juga  menonjolkan  aspek  keistimewaan  dan
            relevennya hukum Syariah yang merentasi zaman dan juga keadaan
            kerana dunia secara semula jadi sentiasa mengalami perubahan dan
            perkembangan  terutama  sekali  dari  sudut  teknologi.  Begitu  juga
            dalam bentuk harta kekayaan, transaksi jual beli dan juga interaksi
            antara  manusia  dalam  pasaran  bentuknya  pada  masa  kini  adalah
            amat jauh berbeza berbanding zaman dahulu. Oleh yang demikian,
            perubahan-perubahan  ini  memerlukan  pengkaji  dan  cendekiawan
            Syariah mengambil peranan dan cakna terhadap bentuk transaksi
            dan  teknologi  yang  wujud  masa  kini  seterusnya  menilainya  dari
            perspektif hukum Syariah. Begitu juga pada aspek hukum-hakam
            zakat, sungguhpun ia merupakan rukun Islam yang dikategorikan
            dalam kategori ibadat, namun ia berkaitan dengan harta kekayaan
            yang menjadikan ia unik berbanding ibadat-ibadat lain. Justeru itu,
            bagi  menonjolkan  pensyariatan  zakat  kekal  relevan  sepanjang
            zaman,  maka  semestinya  skop  perkembangan,  perubahan  bentuk
            harta dan bentuk penjanaan kekayaan perlu ditanggapi sebaiknya
            agar  tidak  memisahkannya  dari  garis  panduan  umum  zakat  yang
            ditetapkan oleh Syariah.

            PANDANGAN         HUKUM        BERKENAAN          MATAWANG
            KRIPTO DAN TOKEN DIGITAL
            Para  sarjana  dan  cendekiawan  berbeza  pandangan  dalam
            menetapkan  kedudukan  matawang  kripto.  Perbezaan  ini  telah
            menyebabkan implikasi pada perbezaan dalam menetapkan hukum
            zakat terhadap matawang ini. Secara umumnya, terdapat beberapa
            pandangan  ulama’  dan  badan  berautoriti  dalam  isu  ini  iaitu


            8  Fiqh Zakat (ms. 161 – 165)



                                                                            6
                                            6
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20