Page 11 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 11
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
perincian yang lebih mendalam dan komprehensif untuk perhatian
dan rujukan pihak-pihak pemegang taruh dalam bidang zakat.
Kata Kunci: Zakat, Harta, Matawang Kripto, Token Digital
PENGENALAN
Matawang kripto merupakan satu bentuk aset digital atau matawang
maya yang dihasilkan melalui teknologi berkomputer yang disebut
sebagai kriptografi. Ia dikatakan sebagai alternatif kepada sistem
matawang kertas (fiat money) yang sedia ada lantaran ia tidak terikat
kepada mana-mana perundangan dan juga tidak dikeluarkan oleh
mana-mana pihak berkuasa pada peringkat pusat. Walaupun
dikategorikan sebagai aset digital yang abstrak (intangible), namun
ia dianggap mempunyai nilai dan boleh dialih (transfer), diagih
(distribute) dan juga ditukar (exchange), manakala proses
pemindahan berlaku secara individu kepada individu (peer-to-peer)
tanpa melalui perantara (institusi kewangan atau bank). Matawang
kripto ini mula menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat dan
pengamal industri setelah kemunculan Bitcoin secara rasmi pada
tahun 2009 (Nakamoto, 2008), dan telah berkembang kepada
pelbagai bentuk dengan fungsi yang seakan-akan menyamai atau
menyaingi fungsi matawang sedia ada, sehinggakan kini terdapat
1
lebih 6000 jenis aset kripto yang direkodkan dengan nilai
2
menjangkau 1 trillion USD. Matawang kripto adalah sebuah sistem
yang memenuhi enam syarat berikut (Lansky, 2018):
1. Sistem ini tidak memerlukan kebenaran dari mana-mana
autoriti, justeru ia diagihkan melalui persetujuan dalam sesebuah
komuniti.
2. Sistem ini menyimpan gambaran keseluruhan matawang kripto
dan juga pemilikan unit.
1 Laman web: https://en.wikipedia.org/wiki/Cryptocurrency#cite_note-17 diakses
pada 2 Februari 2021.
2 Laman web: https://coinmarketcap.com/ diakses pada 2 Februari 2021.
2
2