Page 25 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 25
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Analisa Tingkahlaku Diaplikasi (Applied Behavior Analysis ; ABA)
Ini adalah pendekatan rawatan yang terkenal untuk pesakit ASD yang
dipanggil sebagai ABA. Ia telah di terima pakai di kalangan pengamal
perubatan dan di gunakan di sekolah dan klinik-klinik untuk merawat
masalah ASD. Dalam modul rawatan ABA ini, ia menggalakkan
tingkahlaku positif dan tidak menggalakkan tingkahlaku negatif untuk
meningkatkan pelbagai skill kanak-kanak ASD. Perkembangan kanak-
kanak di catatkan dan di pantau serta di ukur dengan terperinci.
Terdapat beberapa jenis ABA, seperti :
28
Latihan Percubaan Diskrit (Discrete Trial Training; DTT)
DTT adalah kaedah pengajaran yang menggunakan siri latihan
untuk mengajar langkah-langkah tingkah laku atau tindakbalas yang
boleh di terima. Pengajaran di pecahkan kepada langkah-langkah
mudah dan peneguhan positif di gunakan untuk memberikan
ganjaran kepada jawapan yang betul dan tingkahlaku yang boleh di
terima. Jawapan yang tidak betul dan tingkahlaku yang salah tidak
di endahkan.
Intervensi Awal Tingkahlaku Intensif (Early Intensive Behavioral
Intervention ; EIBI)
Ini adalah jenis ABA untuk kanak-kanak yang sangat muda kurang
daripada umur 3 tahun dengan masalah Autisma. EIBI ini adalah
pendekatan pengajaran yang sangat berstruktur untuk membina
tingkahlaku positif seperti komunikasi sosial dan mengurangkan
28 https://www.nichd.nih.gov/health/topics/autism/conditioninfo/treatments
25 | P a g e