Page 30 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 30
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
AUTISMA DEWASA
Terdapat juga pesakit ASD yang didiagnosa menghidap Autisma setelah
dewasa. Terdapat ujian baru untuk membantu diagnosa Autisma setelah
dewasa yang dipanggil ‘Adult Repetitive Behavior Questionnaire’ (RBQ-
2), yang mengukur sejauh mana orang dewasa dipengaruhi oleh tingkah
laku berulang dan terhad.
Diagnosa Autisma setelah dewasa adalah lebih sukar kerana ibu bapa
mereka sering tidak berada bersama untuk membincangkan tingkah laku
pesakit ASD yang telah dewasa yang mempunyai perangai seperti seorang
autistik semasa kecil. Orang dewasa dengan autisme juga boleh menjadi
lebih baik daripada kanak-kanak dalam menyembunyikan tingkah laku
36
‘Autisma klasik’ seperti ritual tabiat berulang-ulang . Bagi orang dewasa
yang mempunyai masalah Autisma , boleh layari laman web ‘Autism
Speaks Resource Library for Adults’ untuk panduan dan rawatan
Secara keseluruhan, pemulihan atau prognosis Autisma pasti berbeza
mengikut individu. Terdapat pakar menyatakan bahawa, prognosis yang
lebih baik untuk kanak-kanak dengan Autisma jika mereka mempunyai
I.Q. melebihi dari 50, dapat bercakap sebelum berumur enam tahun, dan
jika mereka mempunyai kemahiran yang berguna.
36 https://www.autismspeaks.org/science-news/researchers-develop-first-autism-symptom-self-assessment-
adults
30 | P a g e