Page 32 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 32
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
RAWATAN KOMPLIMENTARI DAN ALTERNATIF
(Complementary and Alternative Medicine Treatments; CAM)
Untuk mengurangkan simptom ASD, sebahagian ibubapa dan profesional
penjagaan kesihatan menggunakan rawatan yang di luar daripada yang
biasanya disyorkan oleh pakar perubatan pediatrik atau psikiatri.
Rawatan ini dikenali sebagai ‘Rawatan Komplimentari’ dan Perubatan
Alternatif (CAM). Rawatan CAM merujuk kepada produk atau
perkhidmatan yang digunakan sebagai satu tambahan tetapi bukan ubat-
40
ubatan tradisional. Ia termasuk :
Diet/ Pemakanan khas (Gluten Free, Dairy Free)
Makanan tambahan (Suplemen)
41
Rawatan khelasi (chelation) iaitu rawatan untuk membuang logam
berat seperti plumbum, merkuri, aluminium dari tubuh)
Rawatan biologi (misalnya, secretin)
Perubatan minda-badan
Kebanyakan rawatan-rawatan ini belum dikaji keberkesanannya secara
mendalam. Tinjauan kajian mengenai khelasi (chelation) mendapati tidak
ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ia berkesan dalam merawat
42
kanak-kanak dengan ASD .
Kajian terkini menunjukkan satu pertiga daripada ibu bapa kanak-kanak
43
dengan ASD mungkin telah mencuba rawatan CAM, dan sehingga 10%
mungkin menggunakan rawatan yang belum terbukti berkesan. Untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai Terapi CAM untuk pesakit ASD, boleh
layari ke laman web ‘Autismexternal’ dan boleh layari laman web :
National Center for Complementary and Alternative Medicine’s.
40 Hofer, J., F. Hoffmann, and C. Bachmann, Use of complementary and alternative medicine in children and
adolescents with autism spectrum disorder: A systematic review. Autism, 2017. 21(4): p. 387-402.
41 https://ods.od.nih.gov/factsheets/list-all/
42
James, S., et al., Chelation for autism spectrum disorder (ASD). Cochrane Database Syst Rev, 2015. 5: p.
CD010766.
43 Krishnaswami, S., M.L. McPheeters, and J. Veenstra-Vanderweele, A systematic review of secretin for
children with autism spectrum disorders. Pediatrics, 2011. 127(5): p. e1322-5.
32 | P a g e