Page 31 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 31
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
RAWATAN PENDEKATAN DENGAN PEMAKANAN
Beberapa rawatan pemakanan telah dikaji dan di cuba untuk mengatasi
simptom atau gejala ASD. Walau bagaimanapun, tinjauan sistematik tahun
2017 terhadap 19 ujian kawalan rawak menemui bukti yang belum kukuh
untuk menyokong penggunaan rawatan pemakanan untuk kanak-kanak
dengan ASD .
37
Terdapat intervensi bioperubatan yang memerlukan perubahan dalam diet.
Perubahan seperti ber’pantang’ makanan tertentu dari pemakanan kanak-
kanak Autisma dan menggunakan suplemen tambahan seperti vitamin dan
mineral. Rawatan dengan pemakanan berdasarkan idea bahawa Autisma
berkaitan dengan masalah alahan makanan atau kekurangan vitamin dan
mineral menyebabkan gejala ASD. Sebahagian ibu bapa merasakan
bahawa perubahan pemakanan telah memberikan perbezaan dalam
perubahan tingkahlaku dan emosi anak mereka.
RAWATAN SEMULAJADI / NATURAL
Setiap pesakit dengan masalah Autisma mempunyai susunan kimia yang
berbeza dan tubuh badan yang berbeza. Adalah penting untuk tidak
meneruskan rawatan Autisma jika anda tidak melihat sebarang perubahan
yang positif.
Terdapat ramai penghidap Autisma mengalami perubahan dan kemajuan
yang baik dengan perubahan pemakanan seperti berpantang gluten dan
38
susu dalam pemakanan seharian mereka . Di samping itu perubahan yang
positif berlaku dengan pengambilan suplemen vitamin dan mineral yang
tertentu di dalam diet pemakanan seharian mereka.
Terdapat banyak perspektif mengenai rawatan Autisma secara natural atau
semula jadi, termasuk dari rawatan Ayurveda dan Perubatan Tradisional
39
Cina .
37
Sathe, N., et al., Nutritional and Dietary Interventions for Autism Spectrum Disorder: A Systematic Review.
Pediatrics, 2017. 139(6): p. e20170346.
38 https://autismawarenesscentre.com/my-experience-with-the-gfcf-diet/
39 https://draxe.com/health/autism-natural-treatment/
31 | P a g e

