Page 35 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 35

DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN

                  3.  Ayam dan Unggas (Poultry)

                 Unggas seperti ayam, itik dan ayam belanda (organik) mengandungi asid
                 amino triptofan iaitu  asid amino yang membantu menghasilkan serotonin
                 (neurotransmitter yang menenangkan).

                 Penyelidikan  telah  menunjukkan  bahawa  orang  dengan  gangguan
                 spektrum  Autisma  mungkin  mempunyai    penurunan  "metabolisma
                 triptofan," yang dapat mengubah perkembangan otak, aktiviti neuroimun
                                     44
                 dan fungsi mitokondria .





















                  4.  Makanan yang tinggi probiotik

                 Amalkan  pengambilan  makanan  yang  diperam  ke  dalam  pemakanan
                 seperti budu, cencalok, belacan, tempoyak, tempe, tapai, susu kultur, kefir,
                 amasai,  sauerkraut  atau  kimchi.  Makanan  yang  di  fermentasi  ini
                 mengandungi probiotik, yang penting dalam membantu memperbaiki usus
                 yang bermasalah dan ketirisan.

                 Semakin  banyak  penyelidikan  menunjukkan  bahawa  keseimbangan
                 bakteria  yang  sihat  di  dalam  badan  mempunyai  kesan  besar  terhadap
                 Autisma. Saya tidak terkejut bahawa terdapat bukti saintifik yang semakin
                 bertambah menunjukkan ketidakseimbangan kuman atau mikrobiota usus
                 memburukkan  atau  bahkan  menjadi  punca  kepada  beberapa  simptom
                        45
                 Autisma .


            44  Boccuto L, Chen CF, Pittman AR, et al. Decreased tryptophan metabolism in patients with autism spectrum
            disorders. Mol Autism. 2013;4(1):16. Published 2013 Jun 3. doi:10.1186/2040-2392-4-16
            45  https://www.scientificamerican.com/article/gut-bacteria-may-play-a-role-in-autism/

                                                                        35 | P a g e
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40