Page 36 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 36
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Satu kajian yang di terbitkan dalam tahun 2013 menunjukkan kanak-kanak
dengan simptom autisma mempunyai kuman usus yang berbeza jenisnya
berbanding dengan kanak-kanak normal yang sihat. Kajian ini
menunjukkan kuman jenis bifidobacterium sp. adalah sangat kurang
jumlahnya di dalam usus kanak-kanak yang ada Autisma .
46
5. Makan Ikan Liar Yang Ditangkap
Ikan adalah sumber omega 3 terbaik untuk tubuh. Ikan liar yang di tangkap
mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi berbanding ikan yang di
ternak. Omega-3 adalah nutrien asid lemak yang amat penting untuk
ADHD. Pemakanan yang tinggi omega-3 sangat penting untuk kesihatan
otak dan penyelidikan menunjukkan ia sangat berguna bagi seseorang yang
di diagnosis dengan ASD dan hiperaktif .
47
46 De Angelis M, Piccolo M, Vannini L, et al. Fecal microbiota and metabolome of children with autism and
pervasive developmental disorder not otherwise specified. PLoS One. 2013;8(10):e76993. Published 2013 Oct
9. doi:10.1371/journal.pone.0076993
47 Bent S, Bertoglio K, Ashwood P, Bostrom A, Hendren RL. A pilot randomized controlled trial of omega-3 fatty
acids for autism spectrum disorder. J Autism Dev Disord. 2011;41(5):545‐554. doi:10.1007/s10803-010-1078-8
36 | P a g e

