Page 28 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 28

DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN



                 TERAPI PEKERJAAN (Occupational Therapy ; OT)

                 Terapi  pekerjaan  (OT)  mengajar  kemahiran  yang  membantu  seseorang
                 pesakit itu hidup sebebas mungkin. Kemahiran merangkumi berpakaian,
                 makan, mandi, dan berhubungan dengan orang.


                 LATIHAN KEMAHIRAN SOSIAL (Social Skills Training)

                 Latihan kemahiran sosial mengajar kanak-kanak kemahiran yang mereka
                 perlukan  untuk  berinteraksi  dengan  orang  lain,  termasuk  kemahiran
                 bercakap dan menyelesaikan masalah.


                 TERAPI PERTUTURAN (Speech Therapy)
                 Terapi  pertuturan  membantu  meningkatkan  kemahiran  komunikasi
                 seseorang  pesakit  ASD.  Sebahagian  pesakit  ASD  dapat  mempelajari
                 kemahiran  komunikasi  lisan  dan  bagi  sebahagian    yang  lain,  mungkin
                 menggunakan  gerak  isyarat  atau  papan  gambar  lebih  realistik.


                 RAWATAN KONVENSIONAL

                 Selepas pesakit Autisma (ASD) di diagnosa, jenis rawatan Autisma yang
                 disyorkan untuk kanak-kanak adalah bergantung pada keperluan individu.
                 Sebagai  contoh,  sesetengah  kanak-kanak  mungkin  mendapat  diagnosis
                 ASD dan ‘Gangguan Hiperaktif Kekurangan Perhatian’ (ADHD). Inilah
                 sebabnya mengapa tidak ada satu pakej rawatan terbaik untuk setiap kanak-
                 kanak dengan Autisma.
                 Sebenarnya tiada ubat Autisma yang khusus dan standard. Menurut CDC,
                 "Tidak ada ubat khusus yang boleh menyembuhkan ASD atau mengubati
                 gejala khususnya. Walau bagaimanapun, terdapat ubat-ubatan yang dapat
                 membantu  beberapa  pesakit  ASD  untuk  berfungsi  dengan  lebih  baik.
                 Sebagai contoh, ubat  yang  boleh  membantu  menguruskan  tahap  tenaga
                 yang tinggi, ketidakupayaan untuk fokus, kemurungan, atau sawan .
                                                                          31
                 Rawatan  untuk  gangguan  spektrum  Autisma  (ASD)  adalah  sangat
                 mencabar,  tetapi  ramai  pakar  bersetuju  bahawa  intervensi  awal  adalah


            31  https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/treatment.html

                                                                        28 | P a g e
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33