Page 26 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 26
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
tingkahlaku yang tidak di ingini seperti mengamuk (tantrum),
perangai liar dan luar kawalan dan juga mencederakan diri sendiri.
EIBI di laksanakan dalam tempat yang boleh di lakukan sesi seorang
dengan seorang iaitu suasana seorang dewasa dengan seorang
kanak-kanak dengan pemantauan professional terlatih.
Model Permulaan Awal Denver (Early Start Denver Model ; ESDM)
ABA jenis ini adalah untuk kanak-kanak dengan ASD yang
berumur di antara 12 ke 48 bulan. Melalui kaedah ESDM, ibubapa
dan terapis menggunakan kaedah bermain bersama-sama untuk
membantu anak mereka berkembang dalam skil sosial, pertuturan
dan kognitif (daya fikir).
Latihan Pivotal Respon (Pivotal Response Training ; PRT)
PRT ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk
belajar, memantau tingkahlaku mereka sendiri dan memulakan
komunikasi dengan kanak-kanak lain. Perubahan positif dalam
tingkahlaku ini adalah di percayai mempunyai kesan kepada
tingkahlaku kanak-kanak lain.
Intervensi Tingkahlaku Verbal (Verbal Behavior Intervention ; VBI)
VBI adalah jenis ABA yang memfokuskan kepada latihan untuk skil
pertuturan sahaja.
Terdapat lain-lain terapi yang menjadi sebahagian daripada proram
rawatan lengkap untuk kanak-kanak dengan ASD.
29
Teknologi Assistif (Technology Assistive)
Ini adalah teknologi yang menggunakan alatan seperti papan
komunikasi dan tablet elektronik untuk membantu individu dengan
masalah ASD untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang
lain. Contohnya, Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (PECS)
menggunakan gambar-gambar dan simbol untuk mengajar skil
komunikasi.
Pesakit ASD di ajar untuk menggunakan gambar atau simbol untuk
bertanya dan menjawab pertanyaan dan menggunakannya untuk
29 https://www.autismspeaks.org/technology-and-autism
26 | P a g e

