Page 4 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 4

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)




               PENDAHULUAN


               Selangor merupakan negeri penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Kasar Negara

               (KDNK) Malaysia. Pada tahun 2023, sumbangan Selangor kepada KDNK negara meningkat
               sebanyak  0.4  peratus  berbanding  tahun  sebelumnya.  Namun,  di  sebalik  kepesatan

               pertumbuhan ekonomi, negeri Selangor tidak terkecuali daripada arus perubahan demogarfi
               dan struktur umur penduduknya. Wanita di Selangor memperoleh akses kepada pendidikan

               tinggi yang baik serta menyertai pasaran kerja. Akses kepada pendidikan turut mendedahkan
               wanita  di  Selangor  kepada  ilmu  perancangan  keluarga.  Kesan  sampingan  kepada

               perkembangan positif ini adalah mereka lebih berkemungkinan untuk berkahwin lewat dan
               merancang keluarga, justeru menyebabkan keluarga di Selangor mempunyai bilangan anak

               yang lebih sedikit.

               Berdasarkan Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),

               Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) atau Total Fertility Rate (TFR) di Selangor adalah 1.4 orang
               anak pada tahun 2022 iaitu berada di bawah paras penggantian iaitu 2.1 orang anak. Selain
               itu, negeri Selangor turut mencatatkan penurunan sebanyak 7.2 peratus bagi bilangan hidup

               pada  tahun  2022  berbanding  tahun  sebelumnya.  Kedua-dua  indikator  demografi  ini
               menunjukkan  tahap  kesuburan  di  negeri  Selangor  berada  pada  tahap  membimbangkan.

               Ditambah  dengan  peningkatan  jangka  hayat  penduduk,  dijangka  populasi  Selangor  akan
               berubah kepada lebih ramai warga emas berbanding kumpulan umur muda seperti kanak-

               kanak dan belia. Perubahan demografi ini akan mempengaruhi pasaran tenaga kerja pada
               masa  hadapan,  peningkatan  nisbah  tanggungan  bagi  penduduk  tua  dan  saiz  isi  rumah/

               keluarga di Selangor semakin mengecil.

               Sehubungan itu, adalah tepat pada masanya Seminar Kependudukan Negeri Selangor 2024

               (SKNS  2024)  bersempena  dengan  Hari  Penduduk  Sedunia  2024  dianjurkan  bagi
               membincangkan  dasar  dan  langkah  yang  perlu  diambil  dalam  usaha  memperlahankan

               penurunan kadar kesuburan serta mempersiapkan negeri Selangor menghadapi arus pantas
               perubahan  demografi.  SKNS  2024  ialah  anjuran  bersama  kerajaan  Negeri  Selangor  dan

               Lembaga Penduduk dan pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor dengan
               kerjasama Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA). Tema SKNS 2024

               yang julung-julung kali diadakan ini ialah “Perubahan Demografi Penduduk: Impak, Cabaran,
               dan  Peluang  kepada  Negeri  Selangor”.  Antara  perkara  yang  akan  dibincangkan  ialah  isu

               penurunan kadar kesuburan dan impaknya terhadap pembangunan negara meliputi empat





                                                                                                         4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9