Page 7 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 7

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Beliau mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri

               Selangor  khususnya  Pejabat  EXCO  Pembangunan  Wanita  dan  Kebajikan  Masyarakat
               Selangor  dan  Unit  Perancang  Ekonomi  Negeri  (UPEN)  Selangor  yang  menyokong  penuh

               penganjuran Seminar Kependudukan Negeri Selangor 2024 (SKNS 2024) kali ini. Program ini
               juga adalah julung-julung kalinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

               (LPPKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri menganjurkan seminar dalam bidang berkaitan
               kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.


               Beberapa dekad kebelakangan ini, Malaysia cemerlang dalam menyediakan sistem kesihatan
               yang berkualiti tinggi, mudah diakses, dan berpatutan kepada masyarakat, selaras dengan
               prinsip  perlindungan  kesihatan  sejagat.  Situasi  ini  telah  menyebabkan  berlakunya

               peningkatan dalam jangka hayat penduduk, dengan jangka hayat purata semasa lahir pada

               tahun 2023 direkodkan ialah pada 72.5 tahun untuk lelaki dan 77.4 untuk wanita berbanding
               61.6 tahun untuk lelaki dan 65.6 untuk wanita pada tahun 1970.


               Pencapaian ini juga adalah hasil daripada kadar kematian yang menurun beberapa dekad
               yang lalu di mana bilangan kematian dalam kalangan bayi di bawah umur 1 tahun dan kanak-
               kanak di bawah 5 tahun pada tahun 2022 adalah 6.1 dan 7.4 bagi setiap 1,000 kelahiran

               hidup,  berbanding  39.4  dan  55.9  pada  tahun  1970.  Dalam  erti  kata  lain,  Malaysia  telah
               mengurangkan  kadar  kematian  kanak-kanak  dalam  tempoh  lima  dekad  yang  lalu  lebih

               daripada 80 peratus.

               Namun, di sebalik pencapaian ini, Malaysia seperti kebanyakan negara lain sedang menjadi

               negara  yang  menua  disebabkan  oleh  penurunan  kadar  kesuburan,  sebagai  faktor  utama.
               Kadar  Kesuburan  Jumlah  (KKJ)  atau  Total  Fertility  Rate  (TFR)  merujuk  kepada  purata

               bilangan  anak  yang  akan  dilahirkan  sekiranya  seseorang  wanita  terus  hidup  hingga  akhir
               tempoh umur reproduktifnya (antara umur 15 hingga 49 tahun). Sejak lebih lima dekad yang

               lalu, TFR di Malaysia telah menurun daripada 6.7 orang anak bagi seorang wanita pada tahun
               1957 kepada 4.0 orang anak pada tahun 1980, 3.0 orang anak pada tahun 2000, 2.1 orang

               anak pada tahun 2010 dan 1.6 orang anak pada tahun 2022.

               Antara faktor utama penurunan TFR adalah disebabkan oleh penangguhan perkahwinan atau

               berkahwin  lewat  yang  menyebabkan  tempoh  reproduktif  menjadi  lebih  pendek,
               kecenderungan  masyarakat  kini  untuk  mempunyai  saiz  keluarga  yang  kecil  atas  pelbagai

               punca seperti kemampuan kewangan, dan masalah ketidaksuburan atas sebab kesihatan.








                                                                                                         7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12