Page 10 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 10
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
UCAPAN PERASMIAN
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO
Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.
“Negeri Selangor adalah antara empat
negeri yang mempunyai TFR yang
rendah daripada tahap nasional iaitu 1.5
anak, diikuti Sabah (1.4 anak) dan Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang yang masing-
masing mencatatkan 1.2 anak. Selangor
mencatatkan penurunan sebanyak 7.2
peratus bagi bilangan kelahiran hidup
sebanyak 83,658 pada 2022 berbanding
90,118 kelahiran pada 2021. Kedua-dua
indikator demografi ini menunjukkan
tahap kesuburan di negeri Selangor
berada pada tahap membimbangkan.”
10