Page 13 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 13
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
UCAPTAMA
YM Tengku Aira binti Tengku Razif, Timbalan Perwakilan, Tabung Kependudukan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) Malaysia, meneruskan acara dengan membincangkan
isu berkaitan cabaran terkini negeri Selangor berhubung perubahan signifikan ke atas dinamik
penduduknya. Ini termasuk cabaran yang timbul berikutan populasi negeri yang semakin
menua, di samping kadar kesuburan yang menurun dalam konteks urbanisasi masyarakat
yang semakin meningkat.
“Apabila kita melihat dinamik
kependudukan serta kadar
kesuburan dan kelahiran rendah di
banyak negara Asia Pasifik,
termasuk Malaysia - amatlah
penting untuk kita mengambil kira
bahawa terdapat pelbagai faktor
dan ketidaksamaan yang
menyumbang kepada keadaan ini.
Kadar kesuburan dan kelahiran
dipengaruhi oleh pelbagai faktor
sosio-ekonomi dan kesihatan yang
sering kita terlepas pandang.”
13