Page 8 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 8
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
Penurunan kadar kesuburan ini sekaligus mempercepatkan proses penuaan penduduk di
Malaysia dan dijangka 15 peratus penduduk Malaysia adalah berumur 60 tahun ke atas pada
tahun 2030. Jika kadar kesuburan terus menurun dan tiada intervensi diambil bagi menangani
keadaan ini, penduduk Malaysia dijangka akan mencapai jumlah maksimum penduduk
seramai 46 juta orang pada tahun 2071 sebelum mengalami penguncupan penduduk
(population shrinkage) pada tahun 2072 di mana dijangkakan tiada pertambahan jumlah
penduduk dan kekurangan sumber tenaga kerja akan menjadi lebih serius pada generasi
yang akan datang sehingga menjejaskan pembangunan negara.
Bagi cabaran semasa yang bersifat lebih mikro iaitu di peringkat institusi keluarga, sistem
sokongan sosial menjadi faktor utama yang mempengaruhi golongan muda hari ini. Tuntutan
pekerjaan golongan muda, kemampuan kewangan dan keputusan untuk merancang saiz
keluarga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan untuk berkahwin dan juga mempunyai
anak yang lebih ramai. Selain itu, terdapat pasangan yang dikenali sebagai ‘Keluarga
Komuter’ yang merujuk kepada pasangan berkahwin, tetapi perlu tinggal berjauhan
disebabkan faktor tempat kerja. Perkara ini perlu ditangani dengan baik kerana salah seorang
terpaksa mengambil tugas tambahan apabila perlu menguruskan keluarga dan menjaga anak
bersendirian.
Kerajaan sentiasa komited melalui pelaksanaan dasar, inisiatif dan program yang
dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi untuk menangani isu-isu ini. Selain
Kementerian Ekonomi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) juga terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar, inisiatif dan program untuk
menghadapi isu penurunan kadar kesuburan dan negara menua di Malaysia. Terbaharu, satu
Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara LPPKN dan MERCK Malaysia,
sebuah syarikat sains dan teknologi yang berkongsi kepakaran serta teknologi dengan
LPPKN khususnya berkaitan bidang kesuburan, perancangan keluarga dan subfertiliti.
Selain itu, sebanyak RM171 juta telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)
untuk LPPKN membina Pusat Subfertiliti Negara yang pertama di Shah Alam, Selangor dan
bakal beroperasi pada tahun 2030. Melalui pembinaan pusat ini, LPPKN percaya lebih ramai
pasangan berkahwin dapat menerima perkhidmatan dan rawatan kesuburan di sini, dengan
kos yang lebih efektif.
Sambutan Hari Penduduk Sedunia merupakan agenda penting yang disambut di Malaysia
dan serata dunia pada 11 Julai setiap tahun, tema Hari Penduduk Sedunia pada tahun ini
ialah “Kuasa data yang inklusif ke arah masa depan yang berdaya tahan dan saksama untuk
8