Page 12 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 12

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Penganjuran  Seminar  Kependudukan  Negeri  Selangor  2024  (SKNS  2024)  pada  hari  ini

               adalah tepat pada masanya bagi membincangkan langkah dan dasar yang perlu diambil bagi
               memperlahankan penurunan kadar kesuburan serta mempersiapkan negeri Selangor dalam

               menghadapi  perubahan  pantas  demografi  yang  berlaku  dengan  menyediakan  pelan
               perancangan  dan  pelaksanaan  program  melalui  tiga  teras  utama  iaitu  kependudukan,

               pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.

               Beliau  percaya  dengan  panel  jemputan  yang  berpengalaman  melalui  sesi  pembentangan

               kertas kerja dan forum, hasil seminar ini akan mampu untuk saya panjangkan sebagai input
               utama bagi penggubalan dasar dan pembangunan program intervensi bersesuaian berkaitan
               kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif oleh Kerajaan Negeri.


               Sebagai  penutup  ucapan,  beliau  berharap  agar  hasil  pembentangan  dan  perbincangan
               mampu  memberi  manfaat  kepada  semua,  khususnya  dalam  penggubalan  dasar  dan

               pembangunan program intervensi bersesuaian berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan

               kesihatan reproduktif oleh Kerajaan Negeri, yang juga menjadi keutamaan .



































                                                                                                       12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17