Page 9 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 9

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               semua” (Embracing the power of inclusive data towards a resilient equitable future for all).

               Dengan  tema,  “Perubahan  Demografi  Penduduk:  Impak,  Cabaran  dan  Peluang  Kepada
               Negeri  Selangor”,  seminar  ini  menyediakan  ruang  terbaik  kepada  pakar,  ahli  akademik,

               penyelidik dari agensi kerajaan dan swasta, dan juga para pelajar universiti dari pelbagai
               bidang untuk membentang dan berkongsi pandangan, serta menjadi medan perbincangan

               ilmiah  berkenaan  isu  kependudukan,  kekeluargaan  dan  kesihatan  reproduktif  di  negeri
               Selangor. Empat (4) bidang utama akan diulas pada seminar ini meliputi (i) sosio-ekonomi,

               (ii) kesihatan (infertility), (iii) pembangunan dasar, dan (iv) kebertanggungjawaban bersama.

               Pada 11 Julai 2024 yang lalu, LPPKN telah mengadakan Majlis Pelancaran Kajian Penduduk
               dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024 bertempat di Auditorium Asian International

               Arbitration Centre (AIAC), Bangunan Sulaiman, Kuala Lumpur. KPKM-6 2024 adalah yang

               keenam  dalam  siri  Kajian  Penduduk  dan  Keluarga  Malaysia  (KPKM)  dilaksanakan  oleh
               LPPKN setiap sepuluh (10) tahun sekali sejak tahun 1974. Kajian ini bertujuan menyediakan
               data terkini dan siri masa tentang isu kependudukan, kekeluargaan, kesihatan reproduktif dan

               sosio-ekonomi penduduk Malaysia yang menjadi input serta sumber rujukan penting dalam
               pembangunan dan penambahbaikan dasar, inisiatif dan program dalam isu kependudukan,

               kekeluargaan dan kesihatan reproduktif di Malaysia.

               Sebelum  menutup  ucapan,  beliau  sempat  mengingatkan  tentang  Kajian  Penduduk  Dan

               Keluarga  Malaysia  Keenam  (KPKM-6)  2024  dengan  tema  “Suara  Keluarga,  Masa  Depan
               Negara”, KPKM-6 menyasarkan lima jenis kumpulan sasaran atau responden iaitu, (i) Wanita

               pernah berkahwin berumur 15 - 59 tahun, (ii) Lelaki pernah berkahwin berumur 15 - 59 tahun,
               (iii) Remaja belum pernah berkahwin berumur 13 - 24 tahun, (iv) Warga emas berumur 60

               tahun dan ke atas; dan (v) Penduduk bujang berumur 25 - 59 tahun. Antara isu penting yang
               akan  disoal  kepada  para  responden  seperti  latar  belakang  keluarga,  pekerjaan  dan

               pendapatan, perkahwinan, kesuburan, perancang keluarga, hubungan keluarga, sosial dan
               seksual remaja, bantuan kepada warga emas, pembujangan, kesihatan mental, kesunyian

               dan sokongan sosial.

               Memandangkan kerja lapangan KPKM-6 telah bermula sejak 15 Julai 2024 yang lalu sehingga

               31  Disember  2024,  saya  mohon  kerjasama  pihak  Kerajaan  Negeri,  jabatan  dan  agensi
               Kerajaan lain untuk menguar-uarkan mengenai kajian ini kepada masyarakat di luar sana bagi
               mencapai objektif dan matlamat utama kajian. YBrs. Puan Juwairiya berharap semoga hasil

               seminar ini bermanfaat dan mampu dijadikan input utama kepada Kerajaan Negeri Selangor

               dalam  pembangunan  dasar  dan  program  intervensi  buat  masyarakat  di  negeri  Selangor.
               Beliau juga berharap kerjasama ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.



                                                                                                         9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14