Page 5 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 5

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               bidang utama iaitu: i. sosioekonomi; ii. kesihatan dan ketidaksuburan; iii. pembangunan dasar;

               dan iv. kebertanggungjawaban bersama (shared responsibilities).

               Objektif  seminar  adalah  untuk  mengupas  dan  membincangkan  isu  dan  cabaran  dinamika

               kependudukan  semasa  serta  hubung  kait  dengan  pembangunan  khususnya  di  negeri
               Selangor. Seminar ini memberikan ruang kepada para penggubal dasar, ahli akademik dan

               penyelidik  membentangkan  hasil  penyelidikan  mereka  dalam  bidang  kependudukan,
               kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh

               diketengahkan untuk menjadi input dalam penggubalan dasar dan pembangunan program
               intervensi bersesuaian berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif oleh
               pihak Kerajaan Negeri. Selain itu, seminar ini juga bertujuan untuk mendapatkan input dan

               cadangan  bagi  memperlahankan  kadar  kesuburan  di  negeri  Selangor  daripada  kalangan

               peserta  yang  terdiri  daripada  agensi-agensi  kerajaan  Negeri,  anak-anak  syarikat  kerajaan
               Negeri, ahli-ahli akademik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil.


               Laporan ini merupakan laporan penuh dan terperinci SKNS 2024 untuk  semua sesi: ucapan
               pembukaan,  ucapan  perasmian,  ucaptama,  pembentangan  kertas  kerja,  forum,  sesi  soal
               jawab dan seterusnya penutup beserta cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan

               Negeri Selangor. Laporan ini turut mengandungi liputan media yang dihasilkan oleh SKNS
               2024.


































                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10