Page 14 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 14

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Beliau berharap agar seminar ini akan mencambah buah fikiran yang bermakna berkenaan

               penuaan  aktif,  pembentukan  masyarakat  mesra  keluarga,  pengukuhan  infrastruktur
               penjagaan sedia ada, dan menggalakkan tanggungjawab penjagaan bersama - sama ada

               antara unit keluarga dan Kerajaan, atau antara gender - serta memastikan hak dan kebajikan
               rakyat, terutamanya wanita dan kanak-kanak perempuan, kekal dipelihara.


               Dalam  kita  menelusuri  perubahan  kependudukan  ini,  adalah  penting  untuk  kita  mula

               mengubah  fokus  daripada  sekadar  meningkatkan  kuantiti  atau  jumlah  mutlak  penduduk,
               kepada  meningkatkan  kualiti  dan  kesejahteraan  penduduk.  Ini  selaras  dengan  komitmen

               Malaysia kepada agenda Persidangan Antarabangsa Penduduk dan Pembangunan (ICPD).
               Tempoh peralihan Malaysia kepada status negara menua dijangka akan berlangsung dalam

               masa hanya tujuh tahun lagi, iaitu pada tahun 2030. Di kala kita mula melangkah menuju ke
               realiti  baharu  ini,  Malaysia  perlu  menjangka  dan  mengenalpasti  secara  menyeluruh  dan
               mendalam cabaran yang bakal hadir bersama populasi menua.


               Pertamanya,  populasi  menua  berkemampuan  untuk  memberi  tekanan  kepada  sistem

               kesihatan,  pencen  dan  perkhidmatan  sosial  -  yang  kemudiannya  akan  memerlukan
               peningkatan  pelaburan  dalam  penjagaan  serta  mekanisme  sokongan  bagi  warga  emas.

               Dalam  masa  yang  sama,  pembandaran  yang  pantas  juga  akan  menyumbang  kepada
               kesesakan bandar, masalah kekurangan perumahan, serta isu-isu alam sekitar. Selain itu,

               jurang  antara  bandar  dan  luar  bandar  yang  semakin  meluas  juga  memburukkan  lagi
               kesenjangan  populasi  menua  antara  wilayah.  Menangani  cabaran  yang  berjalin  ini

               memerlukan  strategi  yang  menyeluruh,  termasuk  pengukuhan  perkhidmatan  kesihatan,
               pendidikan,  dan  perlindungan  sosial,  di  samping  mempromosikan  pembangunan  bandar

               lestari dan perancangan yang inklusif.


               Apabila kita melihat dinamik kependudukan serta kadar kesuburan dan kelahiran rendah di
               banyak negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia - amatlah penting untuk kita mengambil kira

               bahawa terdapat pelbagai faktor dan ketidaksamaan yang menyumbang kepada keadaan ini.
               Kadar kesuburan dan kelahiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor sosio-ekonomi dan kesihatan

               yang sering kita terlepas pandang.


               Sebagai  contoh,  akses  yang  tinggi  kepada  pendidikan  dalam  kalangan  wanita  dan  gadis
               Malaysia telah menyumbang kepada peluang dan pilihan ekonomi yang lebih meluas bagi

               para  wanita.  Namun,  peningkatan  penyertaan  ekonomi  golongan  wanita  juga  didorong
               keperluan dan tekanan sosio-ekonomi yang lebih menyeluruh, dan ini boleh menyebabkan
               penangguhan kehamilan.



                                                                                                       14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19