Page 19 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 19

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Dr.  Komathy  membuka  sesi  pembentangan  dengan  memberi  definisi  tentang  Kesihatan

               Reproduktif  dan  Ketidaksuburan.  Definisi  kesihatan  reproduktif  adalah  keadaan  kesihatan
               fizikal,  mental,  dan  sosial  yang  bebas  daripada  penyakit  berkaitan  sistem  reproduktif.

               Manakala  ketidaksuburan  pula  didefinisikan  oleh  Pertubuhan  Kesihatan  Sedunia  (WHO)
               sebagai kegagalan untuk mencapai kehamilan selepas 12 bulan hubungan seksual tanpa

               perlindungan. Faktor penyebab boleh berpunca dari lelaki, wanita, atau kedua-duanya.

               Dr.  Komathy  berkongsi  tentang  statistik  dan  fakta  ketidaksuburan  di  Malaysia  khususnya

               penurunan kadar kesuburan (TFR) dari 4.9 anak pada 1970 kepada 1.6 anak pada 2022
               sekaligus memberi kesan kepada demografi penduduk. Lebih merisaukan, TFR di Malaysia
               telah  menurun  dari  paras  penggantian  sejak  tahun  2013  iaitu  dibawah  2.1.  Purata  umur

               perkahwinan pula meningkat dari 24.7 tahun 1990 kepada 28.9 tahun 2022. Dianggarkan 10-

               15.0 peratus penduduk Malaysia mengalami ketidaksuburan dan jumlah ini dijangka bakal
               meningkat.


               Selain itu, cabaran mengenai Kependudukan yang ditemukan dalam Penemuan Kajian Dasar
               Kependudukan  (2017),  menyatakan  tujuh  cabaran  utama,  termasuk  penurunan  kadar
               kesuburan,  potensi  penguncupan  penduduk,  dan  penuaan  negara.  Beberapa  faktor

               penyumbang penurunan kadar kesuburan yang pertama ialah ekonomi seperti tekanan kos
               sara  hidup,  kos  perkahwinan  dan  penjagaan  anak.  Kedua,  faktor  kesihatan  dalam

               peningkatan masalah kesuburan, keguguran, dan pengguguran. Ketiga, sosio budaya dalam
               trend berkahwin lewat, kesukaran mencari pasangan, dan tiada keinginan untuk memiliki anak

               yang ramai. Terakhir ialah ketiadaan dasar yang memandu selia bidang kependudukan
               sejak Dasar 70 juta Penduduk dimansuhkan.


               Salah  satu  usaha  untuk  memperbaiki  dan  meningkatkan  kesuburan  di  Malaysia  adalah
               perkhidmatan subfertiliti yang ditawarkan oleh LPPKN. Sejarah dan perkembangannya telah

               bermula sejak dari tahun 1979 dan telah memasuki tahun ke-45, bermula dengan kaedah
               permanian  beradas  pada  tahun  1984  dan  kaedah  bayi  tabung  uji  pada  tahun  1987.  Kini,

               perkhidmatan rawatan kesuburan ini boleh didapati melalui Klinik Subfertiliti mengikut Zon
               iaitu di Zon Utara (Pulau Pinang), Zon Tengah (Kuala Lumpur) dan Zon Selatan (Johor Bahru),

               dan seterusnya akan diperluas ke negeri Sarawak, mengikut perancangan LPPKN. Prosedur
               dan rawatan pula termasuk pembedahan kecil, penyejukbekuan sperma dan embrio, serta
               kaedah ICSI dan FIC untuk masalah sperma. Kelebihan yang ada di LPPKN adalah rawatan

               berpatutan khususnya untuk golongan B40 dan M40, serta kemudahan menggunakan KWSP

               dan pekeliling untuk tuntutan kos rawatan.





                                                                                                       19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24