Page 22 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 22
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
Sebelum berakhir, Encik Wan Shahrulnizam juga menyentuh sekali lagi data demografi yang
komprehensif dan inisiatif kesuburan adalah kunci untuk menghadapi cabaran sosio-ekonomi
yang berkaitan dengan perubahan demografi di Malaysia. Beliau percaya akan cadangan dan
intervensi usaha oleh LPPKN dalam menawarkan rawatan subfertiliti adalah langkah terbaik
untuk menangani isu kesuburan termasuk penubuhan Pusat Subfertiliti Negara di Shah Alam
yang akan beroperasi pada tahun 2029, inisiatif jangka panjang untuk meningkatkan
kesuburan dan kesihatan reproduktif.
KERTAS KERJA 3: The Family and Career Dilemma- Towards Building a
Family-Friendly Nation and Policies
oleh Dr. Chong Shue Ling, Pensyarah Kanan, School of Psychology, University of Nottingham Malaysia
Dr. Chong menumpukan topik utama pembentangan pada bahagian pertama kertas kerja ini,
Keluarga dan Kerjaya. Diperkenalkan oleh Rapoport & Rapoport (1977), merujuk kepada
rumah tangga di mana kedua-dua pasangan secara aktif mengejar kerjaya dan mengekalkan
“Ramai wanita tercicir
daripada tenaga buruh
selepas bersalin kerana
cabaran dalam
mengimbangi
tanggungjawab kerja dan
keluarga serta keadaan
pasaran buruh yang
tidak kondusif. Faktor-
faktor yang
menyumbang kepada
Dilema Kerjaya-Keluarga
ialah wanita Malaysia
sering memegang
pelbagai peranan dalam
budaya kolektivis.”
22