Page 25 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 25

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Encik  Adzmel  memulakan  pembentangan  dengan  pentingnya  Institusi  Keluarga  dengan

               menekankan pandangan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang
               pentingnya  nilai  murni  dalam  institusi  keluarga  bagi  membentuk  masyarakat  dan  negara.

               Kebertanggungjawaban bersama dalam keluarga seperti ibu bapa menjalankan tugasan isi
               rumah secara bersama mampu menjadi role model yang baik kepada anak-anak. Institusi

               keluarga yang kuat adalah asas kepada masyarakat yang sihat. Peranan suami isteri dalam
               melakukan  kerja  rumah  didasari  oleh  gender  atau  jantina  seperti  pihak  suami  yang  lebih

               cenderung melakukan tugasan berat seperti membaiki paip di rumah, memotong pokok dan
               membaiki kelengkapan elektrik, manakala isteri yang lebih terarah seperti mendidik anak,

               membeli  barang  dapur  dan  memasak,  perlu  diubah  untuk  mencerminkan  tanggungjawab
               bersama dalam meringankan tugasan harian di rumah. Suami dan isteri perlu bekerjasama
               dan berganding bahu dalam menguruskan ekonomi keluarga dan aktiviti harian keluarga bagi

               meringankan beban masing-masing, seterusnya mensejahterakan keluarga.

               Dalam  pembentangannya,  Encik  Adzmel  membincangkan  tentang  Kajian  Penduduk  dan

               Keluarga  Malaysia  Keenam  (KPKM-6).  Tujuan  untuk  mengkaji  tanggungjawab  bersama
               dalam keluarga dan memberi pandangan berdasarkan data terkini mengenai keluarga dan

               kesihatan reproduktif di Malaysia. Selain itu, mengkaji pembuat keputusan dalam keluarga
               mengenai pembelian barang rumah, pelaburan, percutian keluarga, aktiviti masa lapang, dan

               keinginan  untuk  memiliki  anak.  Kajian  ini  melibatkan  14  wilayah  dengan  sasaran  37,550
               tempat kediaman bermula 15 Julai sehingga 31 Disember 2024.


               Salah satu isu yang dibincangkan adalah isu terkini dalam keluarga seperti kos sara hidup
               yang  tinggi,  kos  penjagaan  anak,  dan  harga  tempat  kediaman  yang  di  luar  kemampuan.

               Suami  dan  isteri  perlu  bekerjasama  dalam  pengurusan  kewangan  keluarga.  Kajian
               menunjukkan  suami  masih  mendominasi  keputusan  mengenai  simpanan  dan  pelaburan.

               Keluarga  yang  tinggal  berjauhan  menghadapi  stres  emosi  yang  tinggi.  Penting  untuk
               mempunyai sokongan emosi dalam keluarga.


               Selain itu, beliau turut berkongsi data dan penemuan bagi kajian, majoriti berkahwin pada usia
               25-29 tahun, tetapi kadar perceraian tinggi dalam kelompok umur 30-34 dan 35-39 tahun.

               Kajian  menunjukkan  suami  merasa  mereka  lebih  berdisiplin  dalam  pengurusan  anak  dan
               kewangan, tetapi isteri lebih cenderung merasakan beban kerja rumah. Cabaran Masa Kini
               penting  untuk  suami  membantu  dalam  kerja  rumah  dan  membuat  keputusan  bersama.

               Keperluan  untuk  keseimbangan  antara  kerja  dan  keluarga.  Kajian  menunjukkan  bahawa

               tanggungjawab bersama masih wujud tetapi perlu diperkukuhkan





                                                                                                       25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30