Page 29 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 29
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
Soalan 6:
Apakah insentif atau cadangan daripada kerajaan untuk memperlahankan penurunan
kadar kesuburan (TFR) di Malaysia?
Malaysia berada dalam fasa keempat dan kelima transisi demografi, di mana kadar kelahiran
dan kematian seimbang. Cabarannya adalah bagaimana untuk menguruskan populasi yang
menua dengan memastikan pendapatan per kapita mencukupi. Pertama insentif kewangan
seperti Insentif Mama Bekerja di negeri Selangor yang memberi bantuan kewangan kepada
ibu bekerja dan mempunyai anak kecil. Bantuan kewangan untuk keluarga dengan anak kecil.
Kedua kemudahan sokongan dengan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak dan
kemudahan sokongan lain. Meningkatkan kemudahan cuti bersalin dan sokongan untuk ibu
bapa bekerja. Ketiga Program Kesedaran dengan meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan keluarga besar. Mempromosikan keseimbangan kerja-kehidupan melalui
program pendidikan dan kesedaran. Kerajaan sedang mempertimbangkan semula dasar
populasi seperti Dasar Kependudukan 70 juta untuk menguruskan struktur dan komposisi
penduduk dengan lebih baik.
Nama : Dr. Muhammad Hakim Danial
Agensi : Universiti Teknologi Mara (UiTM)
29