Page 28 - 067573 laporan tahunan LPPKN
        P. 28
     LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
               Data  Banci  menunjukkan  peningkatan  bilangan  anak  istimewa.  Isu  utama  bukan  sahaja
               peningkatan bilangan, tetapi bagaimana kita mengurus dan mengintegrasikan mereka dalam
               masyarakat.  Kementerian  Pembangunan  Wanita,  Keluarga  dan  Masyarakat  (KPWKM)
               sedang aktif meneliti isu ini. Kajian khusus mungkin tidak tersedia secara langsung, tetapi
               sebarang  maklumat  relevan  akan  dikongsi  apabila  dijumpai.  Kerajaan  sedang  memberi
               tumpuan kepada dasar untuk menyokong anak-anak istimewa dan keluarga mereka.
               Nama  : Puan Mahanom binti Basri
               Agensi : Persatuan Taska dan Pusat Jagaan Selangor
               Soalan 5:
               Mengikut  kajian  saya,  definisi  bandar  oleh  DOSM,  JUPEM,  dan  Jabatan  Perancang
               Bandar  adalah  berbeza  antara  satu  sama  lain.  Pada  pandangan  Encik  Wan
               Shahrulnizam, adakah terdapat penyelarasan antara agensi-agensi ini?
               Setiap  agensi  mempunyai  definisi  yang  berbeza  berdasarkan  keperluan  mereka.  Ini
               menyebabkan  hasil  kajian  berbeza-beza  dan  tidak  menggambarkan  keadaan  sebenar.
               Terdapat usaha penyelarasan dalam dasar perbandaran. Secara amnya, ketiga-tiga agensi
               bersetuju bahawa penduduk adalah perkara utama. Jika kajian bertujuan mengkaji "smart
               city," pendekatannya akan berbeza berbanding kajian tentang "wellbeing city." Komponen lain
               seperti guna tenaga dan infrastruktur juga diambil kira mengikut konteks kajian.
                                                                                                       28





