Page 33 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 33

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)





               Soalan 2: Bagaimana faktor perkahwinan dan kesukaran mencari jodoh  mempengaruhi
               kadar kesuburan dan struktur komposisi penduduk di Selangor?


               Puan Rawiyiah binti Zakaria:


               “Wanita  cenderung  menunda  perkahwinan  dan  mempunyai  anak  kerana  fokus  kepada
               pendidikan  dan  kerjaya.  Kos  penjagaan  anak  yang  tinggi  menyebabkan  pasangan  muda
               enggan  mempunyai  lebih  ramai  anak.  Kekurangan  polisi  sokongan  keluarga  yang

               komprehensif  menyebabkan  pasangan  muda  sukar  menyeimbangkan  antara  kerjaya  dan
               keluarga.


               Generasi berbeza dalam pandangan mereka; baby boomers cenderung untuk mempunyai
               keluarga bersaiz sederhana, manakala generasi kini lebih menumpukan kepada kerjaya, dan

               oleh  itu,  mereka  memilih  untuk  mempunyai  keluarga  yang  lebih  kecil.  Apabila  wanita
               mencapai tahap kerjaya yang tinggi, usia perkahwinan cenderung menjadi lebih lambat dan

               perkahwinan tidak lagi dilihat sebagai keutamaan.

               Golongan  B40  menerima  banyak  insentif,  tetapi  ini  tidak  berlaku  untuk  golongan  M40.

               Terdapat kekurangan dalam polisi kerajaan yang lebih memfokuskan kepada B40, hingga
               mengabaikan golongan M40 dan T20. Kita perlu mencontohi negara-negara yang berjaya

               meningkatkan kadar kesuburan dengan sokongan yang lebih menyeluruh dari kerajaan.”


               Soalan 3: Apakah impak penurunan kadar kesuburan terhadap sosioekonomi
               termasuk budaya dan tenaga kerja?

               Encik Azirruan bin Ariffin:


               “Pembangunan ekonomi secara tidak langsung mempengaruhi kadar kesuburan. Menjelang
               tahun 2040, 14.0 peratus daripada populasi akan berumur lebih 65 tahun, peningkatan yang

               ketara  berbanding  7.0  peratus  pada  tahun  2020.  Penuaan  populasi  boleh  mempengaruhi

               kesihatan  awam.  Golongan  berumur  lebih  65  tahun  selalunya  tidak  membayar  cukai
               disebabkan oleh pengangguran, dan apabila digabungkan dengan pengurangan tenaga kerja
               serta kos tidak langsung yang lebih tinggi, ini menimbulkan cabaran ekonomi


               Ia  menyebabkan  peningkatan  dalam  kos  penjagaan  kesihatan  dan  sosial  untuk  golongan
               warga  emas  dan  menurunkan  jumlah  tenaga  kerja  produktif,  meningkatkan  pergantungan

               kepada pekerja asing. Selain itu ia mendorong peningkatan pelaburan dalam teknologi dan






                                                                                                       33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38