Page 36 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 36
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
Soalan 3: Bolehkah penurunan kadar kesuburan merangsang pertumbuhan ekonomi?
Encik Azirruan bin Ariffin:
“Jika kadar kesuburan menurun, kemahiran dan sektor baru boleh dibangunkan untuk
menyertakan pekerja lebih tua. Kini, penyertaan tenaga buruh wanita lebih rendah daripada
lelaki, tetapi meningkatkannya boleh meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Penurunan kesuburan boleh mendorong pelaburan dalam teknologi dan automasi,
meningkatkan kecekapan pengeluaran.Memberi tumpuan kepada latihan dan pembangunan
kemahiran dalam teknologi dan automasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan
permintaan tenaga kerja. Penurunan kesuburan mungkin mempercepatkan penerapan data
besar dan Artificial Intelligence (AI) untuk meningkatkan produktiviti dan ketahanan ekonomi.”
36